Setelah berkurun berdating ke KLCC, akhirnya berjaya memujuk dia untuk berdating secara berhemah di dalam Petrosains KLCC. Tak la mahal tiketnye pon. Untuk dewasa seperti kami, RM15 seorang. Okay, mampu lagi :: sila puasa selama 2 hari :: hee... Beli tiket dapat sekali macam tiket harga promo untuk Aquaria dan Petrosains. Valid sampai 29 February 2012.
![]() |
Kenapa tiket bukan kaler ijau ? Petronas kan ijau ? |
![]() |
Kasi besar sket, bior nampak harga promo |
Ingatkan nak masuk dalam tu kena la berjalan macam masuk Aquaria ke, Pusat Sains Negara ke, Zoo ker.. Rupanya kena naik gondola. Wahh..macam best. Tapi tade gambo yang dapat di ambil ketika naik Encik Gondola itu sebab tidak dibenarkan. Perjalanan dimulakan dalam KEGELAPAN. ooohh...saya takut air dan gelap..Ape gelap-gelap ni.. Salah jalan gondola ni kang.. Tak lama pastu, baru la muncul hutan-hutan, air terjun bersama-sama lampu-lampu. Lega hati saya. Encik Gondola kemudian berpusing-pusing (cuak dah) .. Tetiba, nampak rel tu naik ke atas.. Aihh.. Ni nak kena naik macam roller-coaster jer..Makin cuak ! Tapi sikit je pun.. Cuak jer lebih.. Seminit gitu-gitu, sampai la station berhenti.. Start berjalan. 10 ribu langkah sehari. Eh, cukup ke nak 10 ribu langkah dalam Petrosains ni?
Ni floor plan dalam Petrosains :: sebab saya lupa station mane ikut turutan-mcm banyak jer station ::
![]() | |||
Gambar telah dibesarkan sikit so, maaf kerana kurang memuaskan |
Banyak masa yang di ambil untuk habis tengok semua benda. Itu pun ada yang tak cuba or baca or tengok.Hehehehe..Sebab sikit-sikit dengar pengumuman galeri dah nak ditutup dalam masa dot dot minit la..itu ini la, Macam nak suruh keluar cepat-cepat jer.. Sabo le weih..
Oohh.. ada satu benda yang buat saya rimas. Dinasour yang menyanyi ala-ala rapper itu. Shadap la Encik Dino ! Oohh..ada satu lagi.. Ada satu bahagian untuk suasana dalam kabin ( kabin ker perkataan nyer ? ) untuk krew-krew Pteronas yang kena kerja kat tengah-tengah laut tu. Ala, offshore kan ? Main psuing tengok macam tu la. Sebab nak cepat-cepat keluar atas reason, orang situ dok bagi annoucement pasal galeri dah nak tutup ~ Tapi, tiba-tiba encik boyfren panggil balik tengok bilik krew tuh..Huh? Nak wat per? Ingat tak leh masuk.. Eh..Tade pintu..Ingat ade pintu kaca.. Haahaa..Rupanya pintu kayu tu dah siap-siap tolak tepi.. Masuk le nengok dalam tu macam mana. Ada katil 2 tingkat tu. Kemudian... encik boyfren tunjuk atas katil.. Waduhh..waduh...ada orang pak !! Siot !! Ada replika orang tengah tido.. Macam mayat ! Antu !! Terkejut jer tengok benda tu baring. Ada plak letak patung tu. Ish2.. Berdesup aku lari keluar..Encik boyfren boleh bantai gelak..ooo..Sukanye! Tunggu masa la nak balas. Patut beriya panggil masuk tengok.
Ada satu bekas tu, untuk ujian taufan..eh, ye ker? cepat lupa. Bekas dia macam public phone.. Haa.. Masuk dalam tu, nanti angin akan bertiup dengan kencang macam ribut sampai 100Km/j ++..Hooo.. Tak nak masuk. Nanti tudung rosak. Dia jer masuk. Hahahahaha. Abes kusut rambut.
Okay la. pusing, berjalan, cuba itu ini, baca itu ini, saya rasa cukup 10 ribu langkah sehari !~ Bagus untuk kesihatan. Amalkan selalu. Heee.. Nak tulis pasal suma part dalam Petrosains macam panjang jer. Untuk yang tak pernah pergi, elok la pergi. Banyak info menarik. Bawak la anak-anak sekali. Menjana minda anak-anak dari kecil. Pastu suh anak belajar rajin-rajiin, masuk UTP ker, dapatkan biasiswa Petronas ker, keje kat Petronas ke..Bagus keje dengan Petronas. Saya? oohh tak.. Bukan keje dengan Petronas tapi isi minyak kete memang dekat stesen minyak Petronas :: lari topik ! ::
Oohh yeaaa.. Time nak balik pon kena nak Encik Gondola. Part nak balik, sakit tengkuk. Why ?? Sebab ada satu tempat, kena sandar betol2. Tadi naik mendaki, Ni nak turun bukit lak. Tapi muka pandang ke depan..Nak sandar betol cam segan jer. Sebab ade orang kat seat belakang. Time pergi bole la potpetpotpet sebab tade orang lain. Kenapa gondola itu turun bukit tapi kepala mendongak ke atas ?? Sebab.. nak bagi kita tengok bintang-bintang, batu-batu meteor meteorit ? Eh.. Senang cerita, macam kita tengok langit.. Nasib baik tak lama. Kalau tak lenguh la giler tengkuk ini..
No comments:
Post a Comment
~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~