umur dah semakin meningkat. taun ni dah nak masuk 28. what? 28 ? sepatutnya bila dah umur 28, macam-macam kejayaan dah dicapai. tapi aku.. ape pun tade lagi. masih macam 5 tahun yang dahulu. semakin lama semakin kelam.
banyak benda aku nak capai / buat dalam hidup aku. sempat ke nak wat semua tu? hidup ni singkat je. dan kadang-kadang aku rasa, perjalanan hidup aku memang singkat. takkan lama. kenapa aku cakap macam tu? jawapan aku , entah lah. itu apa yang aku rasa. rasa yang susah nak diceritakan kepada orang lain.
aku selalu mengeluh. kenapa aku begini, kenapa aku tak macam tu.. kenapa aku tak macam orang lain.. kerja bagus. belajar pun bagus. ada suami, anak-anak..bohong kalau aku kata tak jeles tengok kehidupan kawan-kawan yang lain.
tapi..bila datang semua perasaan macam tu. aku akan ingatkan diri aku balik. itu semua rezeki dari Allah. usaha la lagi sampai dapat apa yang kita nak. aku bukannya tak berusaha langsung..mungkin. rezeki belum berpihak kepada aku. dan ingatlah, Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. bersabarlah.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya,amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
bersabarlah.
ada sebabnya rezeki untuk aku lambat.
target aku untuk taun ni ( Ya Allah, tolong kabulkan doaku untuk aku capai semua ini ):
- keje gomen
- kawen ( say no more - selama ni aku target umur 27 )
- beli kete baru
- beli kamera
- pegi china ( ni mungkin digantikan dengan umrah second time. tp kalau dapat pergi dua2 sekali, Alhamdulillah)
jangan pernah berputus asa.
No comments:
Post a Comment
~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~