baru balik dari tangkap gambo visa. tudung itam, background putih.. 4 keping RM 18.. ouuchh..mahal ! hahaha.. ape-ape yang melibatkan duit adalah semuanya mahal bagi aku untuk waktu ini.
ok..tape la..bayo jer la. dah dapat gambo baru la terperasan..aku pakai kerongsang yang jenis jurai2 tu. dah la senget. risau pulak kalau pihak kedutaan tak nak terima. terpaksa nanti tangkap lain pulak. melayang la lagi RM 18 aku nanti. harap-harap, kerongsang jurai-jurai tu tak bagi kesan apa-apa. Amin..
abes kisah tentang gambo..
ni nak sembang-sembang tentang tren. bagi siapa-siapa yang keje around KL, tren adalah kemudahan pengangkutan yang biasa digunakan untuk pergi keje, balik keje, jalan-jalan. macam aku tadi, nak pergi tangkap gambo, aku naik la tren pergi kedai tu. senang. turun je tren, jalan sikit, dah sampai kedai. kurang berpeluh dan tak perlu nak fikir cari tempat parking kete. lebih menjimatkan duit dan masa. oooh, yang naik komuter tu, len la sikit. sebab tren dia selang masa tu jauh-jauh, padat dan kadang-kadang tak on time.. ooopss.
memandangkan aku kerap gunakan putra lrt - laluan kelana jaya ke gombak -, aku nak menulis tentang route ni jer. bila peak hour macam 7-9 am dan time orang balik keje, tren adalah banyak, dan selang masa untuk tren sampai adalah sangat singkat. kadang-kadang aku rasa macam tak sampai seminit. so, bila aku terlepas tren, contohnya, baru berdiri atas escalator, tren dah sampai, baru nak kocoh-kocoh mengejar tren, tren dah pergi...aku tak perlu risau..sebab tren berikutnya akan sampai tak lama selepas itu.
duduk ( or berdiri - aku selalunye kena berdiri ) dalam tren, macam-macam gelagat dan perangai orang boleh kita tengok. ada yang menghiburkan dan tak kurang juga yang menjengkelkan.
Yang menghiburkan :
- bila tengok budak-budak kecik yang panjat-panjat kerusi pastu senyum-senyum malu bila dia tau kita tengok dia. :: saya suka budak-budak ::
- bila orang yang asyik sangat dengar lagu sampai senyum sorang-sorang or baca novel kemudian senyum sorang-sorang. hehehe.. mesti dengar lagu sambil berangan tu
- bila tengok orang tido yang dah masuk kategori tido secara bersungguh-sungguh sampai senget-senget kepala..rasa nak jer pergi kejutkan, bukan ape, takut mereka jatuh. hihihihih :: sebab tu saya cuba tahan mata dari terlelap dan tido, takut kena gelak ::
- bila dengar orang kita bercakap dengan pelancong dari negara lain . tapi bukan menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu; bersembang guna bahasa negara pelancong tu contohnya Japan. Kagum.
Yang menjengkelkan ::
- bila semua seat dah penuh, dan kemudian masuk pregnant lady atau orang tua atau pun mak bapa dengan budak kecik, tade pon yang bangun bagi seat. aku berdiri. nak bagi seat macam mana. rasa nak je pergi kat sape-sape yang tengah duduk dan minta dia bagi seat tu kepada yang lebih memerlukan.tapi orang kita ni kalau kena tegur, mula la angin.
- bila duduk seorang tapi duduk sampai amek 2 3 seat. dengan barang-barang lagi. pastu kaki angkat plak letak atas seat sebelah. kadang-kadang orang segan nak cakap kata nak duduk.kita semua nak naik tren, semua bayar tiket jadi, berpada-padalah nak duduk tu pun, tambah-tambah time memang tren akan padat.
- bila ada sekumpulan orang yang bersembang kuat-kuat, gelak kuat-kuat, bukan apa. kadang-kadang lepas balik keje, orang stress, lepas tu dengar plak bising macam tu, sakit la kepala. fahami la keadaan sekeliling. tak perlu la nak bersembang kuat-kuat. orang lain tak nak pun tau cerita kita. sembanglah dengan sopan dan tak nak menganggu orang lain.
okay semua? ini cuma apa yang saya perhatikan. dah nama pun pengangkutan awam, jadi jangan la buat macam pengangkutan sendiri pulak. kita berkongsi kan.
ohhh yea.. kadang-kadang naik tren sorang-sorang di waktu malam juga boleh jadi menakutkan. contohnya kena OT ke malam-malam, kena keje shift ke pastu balik dah dekat-dekat pukul 12..wooo..seram.
time mcam tu selalunya orang dah tak ramai. jadi bila duduk jek, baru perasan, KITA SEORANG DIRI DALAM GERABAK TU.aduihhh. nak bangun tukar gerabak lain macam berat je hati. lepas tu mula la terbayang bukan-bukan. nanti tren berhenti, ada la yang masuk. tak pun, tetiba tren yang kosong jadi ramai orang. tengok kat cermin tetiba nampak benda terbang la..fuuuiiiiiihh..jangan la. itu semua akan menerpa dalam imaginasi aku kalau aku duduk seorang diri dalam gerabak.
hahaha..imaginasi memang boleh mempengaruhi hidup aku. nak wat cam mane. bak kata orang tu, aku ni memang kaki tengok DVD. cepat sangat merepek bukan-bukan.
oohh..balik dari tangkap gambo tadi, sempat beli bihun sup + air oren feel fresh. so now, masa untuk makan. yeaahh,again, makan. jemput makan..
![]() |
selalu beli laksa kat mak cik tu tp kali ni nak mkn bihun sup lak |
No comments:
Post a Comment
~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~