okay.. pukul 7pm, setiap isnin-khamis, tade channel len yang ditengok. kompom TV3. aku idak le tengok sangat. tapi housemate aku ha.. tambah-tambah Jima dengan Atikah. sharp kul 7 dah melepek ateh sofa depan TV. minat bebeno deme tengok drama melayu nih. bagus-bagus.
Soffiya la, Tentang Dhia, sekarang ni Gemersik Kalbu lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah. Haa..tu..dorang tengah makan depan TV. Tadi Aqasha ada menyanyi sikit dalam scene dia dengan AR dalam kete. wooww...sedap jugak sore Aqasha neh. berminat lak aku dengo.
Bila sebut nama Aqasha, teringat sorang kawan aku zaman UKM dulu. Cik Zeti bam bam. hahaha. Nama glamer dulu Bam. Sekarang dah jadi cikgu bahasa omputih. Bukan men minat dia dulu dengan Aqasha. Ni mesti dia pon tengah tengok drama Gemersik Kalbu ni. Ti ti.. rindu pulak saya kat awak. Mak awak buat open house lagi tak? Hikhikhik
Aku kalau drama kul 7pm ni, selalu dah nak episod ujung-ujung baru aku join nengok. Sebab nak tengok ending nye jadi ape. Jenuh la nak tengok dari mula-mula. Tengah syok tengok, jap lagi mula bersambung la pulak. Huihh.. kena la tunggu esok.
Haaa..tengah scene romantik Aqasha dan AR. Bulat mata Jima. Hahahaha.. Ooopss. Azan Maghrib dah. off dulu.
Assalamulaikum
p/s : Mane lak si Atikah ni. Tamau balik tengok Aqasha ker?
No comments:
Post a Comment
~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~