Thursday, February 2

haiwan peliharaan

aku mmg suka tengok haiwan yang comel. macam kucen, kura-kura, harmster.

dulu teringin sangat nak bela harmster. ini semua pengaruh dari Yaya ( geng UKM) . dia pernah bela harmster. dan ada sekali tu, dia kena pergi mana tah, so aku diamanahkan untuk jaga harmster dia..oouuhh..sukenye..bila bagi harmster mandi, licin je kulit, rasa nak picit-picit jer..hahaha..aku sampai bawak balik kg sekali tu. tapi mak tak suke aku bela binatang-binatng ni. tak suka pun, mak tetap tolong aku mandikan harmster tu semua. hihihi. kelakar plak bila dorang dah basah, mak aku geli nak pegang. nasib baik mak tak picit dorang.

bila dah besar , dah keje, duduk menyewa ramai-ramai. teringin balik nak bela harmster. memandangkan aku duduk sorang dalam bilik kan time tu. tapi kawan-kawan serumah tak nak. hmm.. tape la.. takut tikus-tikus ni bawa penyakit and bau busuk nanti. so, satu hari tu, jalan-jalan pergi uptown Danau Kota, ada satu gerai jual kura-kura, harmster, ikan, macam-macam la. bila tengok kura-kura, alaaaaa comelnye..tecik-tecik je semua. tapi dok pikir-pikir, tak jadi beli dulu. pusing-pusing je tengok.

bila balik umah mula la teringat-ingat kat kura-kura tu semua. huhuu

nak dijadikan cerita, bila saja pergi jalan-jalan  ke Axis Atrium , Ampang, nampak kedai jual pet..ooouhh.trus masuk situ. ahha.. ada jual kura-kura. kali ni, saya beli ! hehehe. 2 ekor. siap sekali dengan bekas dia, yang bulat tu. eksited btol time tu. lama-lama lepas tu, bila ke pergi Uptown lagi, beli lagi, tambah lagi kura-kura. huhu. happy bila bagi dorang makan. rasa terhibur bila duduk dalam bilik dengan mereka.bagi makan, tukar air, bubuh anti-klorin, mandikan dorang.

lama-lama kura-kura jadi besar. bekas dah tak muat. bila kura-kura first generation besar, yang baru beli kecik lagi, so bekas dah x sesuai. yang mati kena pijak. rasa bersalah sangat. dah la aku suka beli benda-benda hiasan dalam tu. bertambah sempit bekas tu. demi kura-kura ku, aku pun belikan bekas yang besaaaaar lagi. kura-kura yang dah beso duduk dalam bekas baru. yang kecik duduk dalam bekas lama.

setahun lebih berlalu. kura-kura dah membesar sebesar tapak tangan aku. bila time balik kg jer, aku angkut sekali anak-anak aku tu. hahaha..mak membebel je tengok kura-kura tu. asal balik kg jer usung jugak anak-anak tu. ye la. takkan nak tinggalkan mereka di KL. walaupun dorang leh tahan lapar dan dahaga lame, tak sanggup aku nak biarkan mereka kelaparan dan kehausan.

november 2011 - abg aku nak kawen awal bulan 12. nanti semua orang berkumpul kat umah. mana nak letak kura-kura semua. lagipon, time kenduri belah perempuan, takkan nak bwk pergi Kedah lak. pikir punye pikir, ditambah dengan nasihat dari sorang abg aku " tak elok biarkan dorang terkurung dalam bekas" , aku amek keputusan untuk lepaskan kura-kura aku. cuma, aku risau, sebab dorang tade la beso sangat. lagi satu. kat mana aku nak lepaskan? last-last, aku minta seorang lagi abg aku , minta dia try tanye kawan dia yang keje dalam  Taman Pertanian Shah Alam, sama ada bole ke tak aku letak kura-kura kat situ. Nasib baik kawan dia kata boleh.

Khamis, 2 Disember 2011, Taman Pertanian Shah Alam - Detik terakhir aku bersama kura-kura. Sedih! Tapi, better aku lepaskan. Orang tu letak  4 ekor kura-kura itu dalam bekas ular. Mula-mula terkejut gak, tak mati kena makan dengan ular ke. Rupanye, bekas je, ularnye dah tade. Selamat. Dah la selama aku jaga dorang, tade tangkap gambo langsung. Time nk bg kat orang situ, baru la aku tangkap sekeping. Tu pun dah letak dorang dalam baldi. Sadis tol ~ Selamat tinggal kura-kura. Tak sempat lagi nak melawat dorang.



Sekarang ... teringin plak nak bela kucen.. ahahaha. tapi jangan harap la dapat nak bela. duduk kat apartment , nak bela apenyer. duduk ramai-ramai pulak tu. mana nak taruk kucen. haha. sekarang pon duduk bilik berdua. tak boleh nak sorok kucen. sorok dalam almari abes la baju sume ! haha.. kucen adalah binatang yang sangat comel ! eeeeiiii... tak sabar nak beli umah sendiri, pastu bela kucen. beli kucen comel2 mcm kat bawah ni ::






kredit gambo to pak cik gugel punye image.

No comments:

Post a Comment

~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~