Thursday, February 16

asyik fikir makanan

haru la hidup bile otak asyik pikir pasal makanan dan cik perut asyik rasa kosong jer.. kenapakah ? walau pun baru jer makan sejam yang lalu tapi rasa lapo lagi. adeh. lingkup la duit begini. aku memang suka makanan. kalau pergi jalan-jalan asyik rasa nak singgah kedai makan jer. lagi-lagi kalau tengok kedai fast food. duit banyak abes untuk makanan ! hahahaha

aku tak la gemok pun. kurus cekeding jer. tinggi 150cm berat 47.8kg ( ooowhh dah turun 2 kilo sebab demam ari tu ) .. nak naik badan bukan main susah. tapi nak turun wahh wahh senangnye !  kalau orang tengok aku mesti dorang akan ingat berat aku antara 40-42 kg jer. hahaha. kurus ! kalau dulu orang suke cakap aku tak cukup makan. amboi.. sedapnye mulut cakap macam tu. ingat tade duit ke nak beli makanan. :D 

entah la. teringin nak dapatkan badan cantek-cantek bentuk glass hour tuh. tapi dok makan-makan, lemak jer naik. hohoo.. penangan fast food dan ayam ayam ayam ~~ badan kecik, kaki gemok lemak..aiyoo. tak seimbang nampaknyer.. patut la lari pon tak laju. :p

huwarghhh..rasa nak makan spaghetti pizza hut la. sedapnye ~~

ooh makanan oohhh makanan..meleleh air liur

kredit : google

Tuesday, February 14

sana sini

dok sane ~ gado
dok sini ~ dorg gado
dok vista ~ termenung

kalau la kura-kura masih ada..ada jugak kawan.

sape cakap aku tak sayang ~
sape cakap aku benci ~
kalau aku bercakap, nanti di salah erti lagi ~
jadi, senyap ~
bicara dengan Allah ~


It may be that you hate something when it is good for you and it may be that ytou love something when it is bad for you. Allah knows and you do not know ~ Surat al-Baqara : 216


Allah..
Guide us every single day..
Allah..
Keep us close to You
Until the end of time.. 
- maher zain-

aku sayang dia

lawak utk hiburkan hatiku ~

HAHAHAHAHAHA..ni aku copy paste dari satu forum. credit to board lawak & jenaka, forum cari



kamera oh kamera

dah lama sangat rasa mengidam nak beli kamera. sampai sekarang, masih tade kamera sendiri. bila nak beli jer, dok pikir, " nk pakai bile ni ? " ; " watpe beli ni ? "; " ahh, sayang la duit beli kamera, bukan nak tgkap gambo sgt pon ".. uuh~~ itu la bait-bait ayat yg akan keluar dalam otak aku bila pergi jer kedai jual kamera. 

tapi bile tengok orang dok usung kamera, mula la rasa jeles ~

aku bukan la nak beli kamera yang mahal-mahal. bajet nak beli nikon DSLR D3100 tu jer pon. yg mcm kat bwh ni :


jadi ler..bukannye photograper kenduri kawen pon. nak wat pakai time jalan-jalan je.

sekarang ni nikon ade keluarkan kamera baru, nikon 1 namenye. ada j1 dengan v1. aku minat plak tengok yang j1 ni. kaler putih. comel jerk.

nak beli ke tak.. nak beli ke tak.. 

hrmm.. memandangkan x jd kawen taun ni kan, leh la kot pakai duit bajet utk kawen tu untuk beli kamera. h0h0h0.. pastu pergi jalan-jalan pusing satu Malaysia, tangkap gambo sendiri.

Monday, February 13

kawen ~

 soalan & jawapan dari http://shahirul.com

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
benda jadi complicated sebab ::

  • klu nak kawen kena ade keje tetap dl.keje 2 3 bulan x jamin hidup ..HOH
  • duit simpanan tade lagi..
  • tak nak mak bapak tolong. nak semuanye duit sendiri. adoii..
  • kenduri nak wat beso2
  • umur muda lagi..
  • mak bapak x bagi . nak kwen ni saper?

soooo..biarlah sampai ke tua  x kawen ? biarlah asyik berdating je ?

ahh..saper masuk minang, aku trime jer.. 
target : pertengahan 2012.

ooohh..no no..gile nak trime jer..hey mane bole..cannot..cannot..

xper la..tunggu jer 'tarikh' yg Allah dah tetapkan..

Saturday, February 11

bila aku menangis

sekarang ni, banyak sangat aura negatif kat sekeliling aku. selalu sangat aku menangis. 

kenapa nyer.. bila berbincang..orang selalu salah anggap ape aku cakap.. aku ade bad communication skills kot. jangan la marah-marah kat aku. aku ni perlukan sokongan dalam hidup. tambah-tambah dengan masalah sekarang ni.aku memang tak pandai bersembang, beri pendapat. sebab tu aku tak ramai kawan.

tu la..kadang-kadag memang aku rasa tade kawan nak bercerita. yang aku tau, nangis dalam doa, dalam sujud. tengah ngaji. dengar lagu. bila aku sorang-sorang. tapi bila orang lain ada, aku simpan dalam hati. berbicara dengan Allah buat aku rasa tenang.

bagus jugak ada blog ni. ada tempat nak luahkan perasaan. aku tau, tade sape pun baca blog ni. blog macam diari hidup kan.


aku sedih. 1240am, 11 feb 2012.

Thursday, February 9

ape itu bestfren?

ape itu bestfren? okay..kawan susah dan senang. kawan menangis dan ketawa. lagi ?

aku ade ke bestfren ? kenapa kadang-kadang rasa tade? 

mungkin sebab.. bila rasa sedih.. rasa nak meluahkan perasaan, tak tau nak luahkan pada siapa.. 

duduk dalam bilik, menangis sorang-sorang. tape.. aku memang tak nak susahkan kawan-kawan dengam masalah aku. tapi.. kadang-kadang,  terpaksa la Nisa and Jima jadi tempat untuk dengar aku bercerita. sorry  girls.  aku tade kawan. aku tade kawan yang orang kata ' keep in touch selalu-selalu tu', kawan yang selalu msg2, chatting, email.tade.. aku tade. aku semakin lama semakin jadi ' hidup sorang-sorang'. seronok kalu tengok Jima kuar dengan kawan-kawan dia. jalan sana sini. aku? 

kenapa nye aku jadi macam ni ..maybe sebab taraf kehidupan aku yang buat aku rasa malu nak dekat dengan kawan-kawan. betul ke? atau sebab..kalau aku tegur kawan. komen status fb kawan lama, orang tak layan ? oohh.. aku kena kikis semua perasaan rendah diri ni. 

nasib baik la, ada gak kawan-kawan sekepala macam vista-gossip-girls dengan ukm-besties. dorang okay. sebab tu  aku suka dorang. itu la kawan-kawan yang aku angggap 'bestfren'. tak kisah la kalau dorang tak anggap aku macam tu pun. janji aku hepi kawan dengan mereka.

lagi satu.. aku ada dia. yang memang selalu pening dengar aku potpet sana sini. tapi yer la. tak semua masalah aku leh cerita kat dia. jadi beban pulak.

dan lagi satu.. kalau pun aku tade bestfren.. aku masih ada FAMILY dan ALLAH. Alhamdulillah.

aku harap. lepas ni, aku lebih rajin bersembang dengan kawan-kawan. join aktiviti kawan-kawan. baru la hidup tak sorang-sorang.

arghh.sudah..sudah..hentikan merepek ini.

maaf nye. entry ni memang tah hape-hape. sebab aku emo sket.

hidup saya

umur dah semakin meningkat. taun ni dah nak masuk 28. what? 28 ? sepatutnya bila dah umur 28, macam-macam kejayaan dah dicapai. tapi aku.. ape pun tade lagi. masih macam 5 tahun yang dahulu. semakin  lama semakin kelam.

banyak benda aku nak capai / buat dalam hidup aku. sempat ke nak wat semua tu? hidup ni singkat je. dan kadang-kadang aku rasa, perjalanan hidup aku memang singkat. takkan lama. kenapa aku cakap macam tu? jawapan aku , entah lah. itu apa yang aku rasa. rasa yang susah nak diceritakan kepada orang lain.

aku selalu mengeluh. kenapa aku begini, kenapa aku tak macam tu.. kenapa aku tak macam orang lain.. kerja bagus. belajar pun bagus. ada suami, anak-anak..bohong kalau aku kata tak jeles tengok kehidupan kawan-kawan yang lain.

tapi..bila datang semua perasaan macam tu. aku akan ingatkan diri aku balik. itu semua rezeki dari Allah. usaha la lagi sampai dapat apa yang kita nak. aku bukannya tak berusaha langsung..mungkin. rezeki belum berpihak kepada aku. dan ingatlah, Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. bersabarlah.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinyaajalnya,amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”

bersabarlah.
ada sebabnya rezeki untuk aku lambat.

target aku untuk taun ni ( Ya Allah, tolong kabulkan doaku untuk aku capai semua ini ):

  • keje gomen
  • kawen ( say no more - selama ni aku target umur 27 )
  • beli kete baru
  • beli kamera
  • pegi china ( ni mungkin digantikan dengan umrah second time. tp kalau dapat pergi dua2 sekali, Alhamdulillah)

jangan pernah berputus asa.

Thursday, February 2

status fesbuk


kehidupan vista-gossip-girls . SENYUM

drama melayu, isnin-khamis

okay.. pukul 7pm, setiap isnin-khamis, tade channel len yang ditengok. kompom TV3. aku idak le tengok sangat. tapi  housemate aku ha.. tambah-tambah Jima dengan Atikah. sharp kul 7 dah melepek ateh sofa depan TV. minat bebeno deme tengok drama melayu nih. bagus-bagus.

Soffiya la, Tentang Dhia, sekarang ni Gemersik Kalbu lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah.  Haa..tu..dorang tengah makan depan TV. Tadi Aqasha ada menyanyi sikit dalam scene dia dengan AR dalam kete. wooww...sedap jugak sore Aqasha neh. berminat lak aku dengo.

Bila sebut nama Aqasha, teringat sorang kawan aku zaman UKM dulu. Cik Zeti bam bam. hahaha. Nama glamer dulu Bam. Sekarang dah jadi cikgu bahasa omputih. Bukan men minat dia dulu dengan Aqasha. Ni mesti dia pon tengah tengok drama Gemersik Kalbu ni. Ti ti.. rindu pulak saya kat awak. Mak awak buat open house lagi tak? Hikhikhik

Aku kalau drama kul 7pm ni, selalu dah nak episod ujung-ujung baru aku join nengok. Sebab nak tengok ending nye jadi ape. Jenuh la nak tengok dari mula-mula. Tengah syok tengok, jap lagi mula bersambung la pulak. Huihh.. kena la tunggu esok.

Haaa..tengah scene romantik Aqasha dan AR. Bulat mata Jima. Hahahaha.. Ooopss. Azan Maghrib dah. off dulu. 

Assalamulaikum

p/s : Mane lak si Atikah ni. Tamau balik tengok Aqasha ker?

haiwan peliharaan

aku mmg suka tengok haiwan yang comel. macam kucen, kura-kura, harmster.

dulu teringin sangat nak bela harmster. ini semua pengaruh dari Yaya ( geng UKM) . dia pernah bela harmster. dan ada sekali tu, dia kena pergi mana tah, so aku diamanahkan untuk jaga harmster dia..oouuhh..sukenye..bila bagi harmster mandi, licin je kulit, rasa nak picit-picit jer..hahaha..aku sampai bawak balik kg sekali tu. tapi mak tak suke aku bela binatang-binatng ni. tak suka pun, mak tetap tolong aku mandikan harmster tu semua. hihihi. kelakar plak bila dorang dah basah, mak aku geli nak pegang. nasib baik mak tak picit dorang.

bila dah besar , dah keje, duduk menyewa ramai-ramai. teringin balik nak bela harmster. memandangkan aku duduk sorang dalam bilik kan time tu. tapi kawan-kawan serumah tak nak. hmm.. tape la.. takut tikus-tikus ni bawa penyakit and bau busuk nanti. so, satu hari tu, jalan-jalan pergi uptown Danau Kota, ada satu gerai jual kura-kura, harmster, ikan, macam-macam la. bila tengok kura-kura, alaaaaa comelnye..tecik-tecik je semua. tapi dok pikir-pikir, tak jadi beli dulu. pusing-pusing je tengok.

bila balik umah mula la teringat-ingat kat kura-kura tu semua. huhuu

nak dijadikan cerita, bila saja pergi jalan-jalan  ke Axis Atrium , Ampang, nampak kedai jual pet..ooouhh.trus masuk situ. ahha.. ada jual kura-kura. kali ni, saya beli ! hehehe. 2 ekor. siap sekali dengan bekas dia, yang bulat tu. eksited btol time tu. lama-lama lepas tu, bila ke pergi Uptown lagi, beli lagi, tambah lagi kura-kura. huhu. happy bila bagi dorang makan. rasa terhibur bila duduk dalam bilik dengan mereka.bagi makan, tukar air, bubuh anti-klorin, mandikan dorang.

lama-lama kura-kura jadi besar. bekas dah tak muat. bila kura-kura first generation besar, yang baru beli kecik lagi, so bekas dah x sesuai. yang mati kena pijak. rasa bersalah sangat. dah la aku suka beli benda-benda hiasan dalam tu. bertambah sempit bekas tu. demi kura-kura ku, aku pun belikan bekas yang besaaaaar lagi. kura-kura yang dah beso duduk dalam bekas baru. yang kecik duduk dalam bekas lama.

setahun lebih berlalu. kura-kura dah membesar sebesar tapak tangan aku. bila time balik kg jer, aku angkut sekali anak-anak aku tu. hahaha..mak membebel je tengok kura-kura tu. asal balik kg jer usung jugak anak-anak tu. ye la. takkan nak tinggalkan mereka di KL. walaupun dorang leh tahan lapar dan dahaga lame, tak sanggup aku nak biarkan mereka kelaparan dan kehausan.

november 2011 - abg aku nak kawen awal bulan 12. nanti semua orang berkumpul kat umah. mana nak letak kura-kura semua. lagipon, time kenduri belah perempuan, takkan nak bwk pergi Kedah lak. pikir punye pikir, ditambah dengan nasihat dari sorang abg aku " tak elok biarkan dorang terkurung dalam bekas" , aku amek keputusan untuk lepaskan kura-kura aku. cuma, aku risau, sebab dorang tade la beso sangat. lagi satu. kat mana aku nak lepaskan? last-last, aku minta seorang lagi abg aku , minta dia try tanye kawan dia yang keje dalam  Taman Pertanian Shah Alam, sama ada bole ke tak aku letak kura-kura kat situ. Nasib baik kawan dia kata boleh.

Khamis, 2 Disember 2011, Taman Pertanian Shah Alam - Detik terakhir aku bersama kura-kura. Sedih! Tapi, better aku lepaskan. Orang tu letak  4 ekor kura-kura itu dalam bekas ular. Mula-mula terkejut gak, tak mati kena makan dengan ular ke. Rupanye, bekas je, ularnye dah tade. Selamat. Dah la selama aku jaga dorang, tade tangkap gambo langsung. Time nk bg kat orang situ, baru la aku tangkap sekeping. Tu pun dah letak dorang dalam baldi. Sadis tol ~ Selamat tinggal kura-kura. Tak sempat lagi nak melawat dorang.



Sekarang ... teringin plak nak bela kucen.. ahahaha. tapi jangan harap la dapat nak bela. duduk kat apartment , nak bela apenyer. duduk ramai-ramai pulak tu. mana nak taruk kucen. haha. sekarang pon duduk bilik berdua. tak boleh nak sorok kucen. sorok dalam almari abes la baju sume ! haha.. kucen adalah binatang yang sangat comel ! eeeeiiii... tak sabar nak beli umah sendiri, pastu bela kucen. beli kucen comel2 mcm kat bawah ni ::






kredit gambo to pak cik gugel punye image.

gambo visa + tren

baru balik dari tangkap gambo visa. tudung itam, background putih.. 4 keping RM 18.. ouuchh..mahal ! hahaha.. ape-ape yang melibatkan duit adalah semuanya mahal bagi aku untuk waktu ini.

ok..tape la..bayo jer la. dah dapat gambo baru la terperasan..aku pakai kerongsang yang jenis jurai2 tu. dah la senget. risau pulak kalau pihak kedutaan tak nak terima. terpaksa nanti tangkap lain pulak. melayang la lagi RM 18 aku nanti. harap-harap, kerongsang jurai-jurai tu tak bagi kesan apa-apa. Amin..

abes kisah tentang gambo..

ni nak sembang-sembang tentang tren. bagi siapa-siapa yang keje around KL, tren adalah kemudahan pengangkutan yang biasa digunakan untuk pergi keje, balik keje, jalan-jalan. macam aku tadi, nak pergi tangkap gambo, aku naik la tren pergi kedai tu. senang. turun je tren, jalan sikit, dah sampai kedai. kurang berpeluh dan tak perlu nak fikir cari tempat parking kete. lebih menjimatkan duit dan masa. oooh, yang naik komuter tu, len la sikit. sebab tren dia selang masa tu jauh-jauh, padat dan kadang-kadang tak on time.. ooopss.

memandangkan aku kerap gunakan putra lrt - laluan kelana jaya ke gombak -, aku nak menulis tentang route ni jer. bila peak hour macam 7-9 am dan time orang balik keje, tren adalah banyak, dan selang masa untuk tren sampai adalah sangat singkat. kadang-kadang aku rasa macam tak sampai seminit. so, bila aku terlepas tren, contohnya, baru berdiri atas escalator, tren dah sampai, baru nak kocoh-kocoh mengejar tren, tren dah pergi...aku tak perlu risau..sebab tren berikutnya akan sampai tak lama selepas itu. 

duduk ( or berdiri - aku selalunye kena berdiri ) dalam tren, macam-macam gelagat dan perangai orang boleh kita tengok. ada yang menghiburkan dan tak kurang juga yang menjengkelkan.

Yang menghiburkan :

  • bila tengok budak-budak kecik yang panjat-panjat kerusi  pastu senyum-senyum malu bila dia tau kita tengok dia. :: saya suka budak-budak ::
  • bila orang yang asyik sangat dengar lagu sampai senyum sorang-sorang or baca novel kemudian senyum sorang-sorang. hehehe.. mesti dengar lagu sambil berangan tu
  • bila tengok orang tido yang dah masuk kategori tido secara bersungguh-sungguh sampai senget-senget kepala..rasa nak jer pergi kejutkan, bukan ape, takut mereka jatuh. hihihihih :: sebab tu saya cuba tahan mata dari terlelap dan tido, takut kena gelak ::
  • bila dengar orang kita bercakap dengan pelancong dari negara lain . tapi bukan menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu; bersembang guna bahasa negara pelancong tu contohnya Japan. Kagum.

Yang menjengkelkan ::

  • bila semua seat dah penuh, dan kemudian masuk pregnant lady atau orang tua atau pun mak bapa dengan budak kecik, tade pon yang bangun bagi seat. aku berdiri. nak bagi seat macam mana. rasa nak je pergi kat sape-sape yang tengah duduk dan minta dia bagi seat tu kepada yang lebih memerlukan.tapi orang kita ni kalau kena tegur, mula la angin.
  • bila duduk seorang  tapi duduk sampai amek 2 3 seat. dengan barang-barang lagi. pastu kaki angkat plak letak atas seat sebelah. kadang-kadang orang segan nak cakap kata nak duduk.kita semua nak naik tren, semua bayar tiket jadi, berpada-padalah nak duduk tu pun, tambah-tambah time memang tren akan padat.
  • bila ada sekumpulan orang yang bersembang kuat-kuat, gelak kuat-kuat, bukan apa. kadang-kadang lepas balik keje, orang stress, lepas tu dengar plak bising macam tu, sakit la kepala. fahami la keadaan sekeliling. tak perlu la nak bersembang kuat-kuat. orang lain tak nak pun tau cerita kita. sembanglah dengan sopan dan tak nak menganggu orang lain.

okay semua? ini cuma apa yang saya perhatikan. dah nama pun pengangkutan awam, jadi jangan la buat macam pengangkutan sendiri pulak. kita berkongsi kan.

ohhh yea.. kadang-kadang naik tren sorang-sorang di waktu malam juga boleh jadi menakutkan. contohnya kena OT ke malam-malam, kena keje shift ke pastu balik dah dekat-dekat pukul 12..wooo..seram.

time mcam tu selalunya orang dah tak ramai. jadi bila duduk jek, baru perasan, KITA SEORANG DIRI DALAM GERABAK TU.aduihhh. nak bangun tukar gerabak lain macam berat je hati. lepas tu mula la terbayang bukan-bukan. nanti tren berhenti, ada la yang masuk. tak pun, tetiba tren yang kosong jadi ramai orang. tengok kat cermin tetiba nampak benda terbang la..fuuuiiiiiihh..jangan la. itu semua akan menerpa dalam imaginasi aku kalau aku duduk seorang diri dalam gerabak. 

hahaha..imaginasi memang boleh mempengaruhi hidup aku. nak wat cam mane. bak kata orang tu, aku ni memang kaki tengok DVD. cepat sangat merepek bukan-bukan.

oohh..balik dari tangkap gambo tadi, sempat beli bihun sup + air oren feel fresh. so now, masa untuk makan. yeaahh,again, makan. jemput makan..

selalu beli laksa kat mak cik tu tp kali ni nak mkn bihun sup lak

blogging while eating + tengok 13 ghosts

makan again ~ breakfast + lunch ari ni hanyalah nasi grg telur + ikan bilis dengan ayam goreng bersama air teh. gambo ? tade..malas lak nak tangkap.

sambil2 makan, tgk movie 13 ghosts. lama dah cerita ni. taun 2011 dulu. zaman br abes SPM dulu. walau pun aku takut cerita genre seram neh, tambah pulak antu tu ganas patah sana sini, tapi aku suka movie ni. setelah mencari beberapa lama, dapat gak movie ni. 

cerita nye tentang seorang penangkap antu bernama Cyrus bersama pakar psikik antunye, Dennis. ketika mereka cuba menangkap antu ke-12 di tempat lambakan kereta-kereta lama ( apa nye nama yang sesuai ? ), ramai krew yang kena bunuh termasuk Cyrus. 

kemudian, movie flashback kepada kehidupan seorang lelaki bernama Arthur bersama isterinya Jean, dan anak perempuan mereka Kathy dan anak lelaki, Bobby tapi, tiba-tiba berlaku kebakaran di rumah mereka dan Jean, meninggal.


so, tinggal la Arthurbesama anak-anaknya di rumah baru bersama seorang pembantu umah, Maggi, walaupun scene mula-mula ini  kejap jer, tapi bole disimpulkan yang family Arthur tengah mengalami masalah kewangan dan mereka tinggal di rumah yang kecil.


namun, semuanya akan berubah bila seorang lawyer datang ke rumah Arthur dan menunjukkan satu  video wasiat dari Cyrus ( Cyrus si penangkap antu tu pakcik kepada Arthur) dan mewasiatkan sebuah rumah dan seluruh harta dia kepada mereka. bersama-sama dengan lawyer tadi, meraka pun pergi tangok umah tu. its an amazing house. dinding sume daripada kaca. wowww.. tapi kalau aku, aku x leh la dok umah mcm ni. takut kilat. hahahaha


tapi, apa yang mereka tak tahu. umah tu ada rahsia tersembunyi. basement nye menyimpan benda-benda menakutkan. woooo woooo woooo...

bila dorang sampai situ, ada seorang electrician ( sebenarnya Dennis yang menyamar ) yang kata umah tu menyebabkan semua umah lain ilang bekalan eletrik. he's trying to enter the house sebab dia dah tau something wrong. so, bila dia pergi basement, yeah, it;s true. kat bawah tu, ada semua banyak cube yang menempatkan 12 ekor antu yang ditangkap oleh Cyrus. rumah itu adalah satu perangkap untuk keluarga Arthur !.

oohh...sebelum nak tgk movie ni aku kabo siap-siap. ada sekor antu tu lucah sket. nampak tuttt.. tapi tak di censored kan pon. ahahahahaha

dalam rumah tu Cyrus dah siapkan satu machine yang kalau ikut story line nye machine tu adalah an evil machine  "designed by the devil and powered by the dead" to open the Eye of Hell.woww

apa kesudahan kepada Arthur dan family dia ?  Tengok la cerita ini okay ! 

Okay, chouuuww.. nak layan movie ni jap.

supper



Maggi kari + bawang beso + cili padi , dimakan dengan sudu yang bengkok

Teh O Suam bersama sudu berukir-ukir

Sepatutnye, saye dah tido..sebab Cik Demam macam dah datang singgah tadi. Tapi, memandangkan saya lapar - saya kena makan setiap 4 jam. ehehe.. tah.. cepat lapo - saya pon masak la maggi kari di atas. Nampaknya kuah maggi dah hilang meresap ke dalam maggi itu akibat api yang kuat dan lambat tutup api. Oohh failed masak maggi~

Kalau makan maggi bersama air masak adalah sangat tidak best. Jadi, air teh o suam menjadi peneman cik maggi malam ini. No ais-ais .

Kenyang. Demam pun hilang. Burrrpp, Alhamdulillah.

Hmmmm.. makan maggi tak elok sebenarnye. Kalau setahun sekali lain cerita la. Tapi kalau seminggu sekali ?? Bad habit . Untuk orang-orang kelas pertengahan ( macam mana nak sukat tengah ke tepi ke atas ke bawah ke ? ) macam saya ni, stok maggi mesti ada dalam simpanan. Hahaha. Bukan ape, bukannye tade duit , tapi biasa la orang-orang bujang, mende-mende tak sihat macam ni yang senang nak dimasak dan cepat !


Haish..Late nite supper again. Ni la masalahnya. Suka sangat makan tengah-tengah malam, supper ke dinner ke, then trus nak tido. Sangat tidak bagus. Boleh mendatangkan kebuncitan seperti sekarang ini. Tapi sebab dah ngantuk, kita tido je.

Jom.. Nite all. Assalamualaikum.

Wednesday, February 1

batuk

Batuk..Kalau dah kena batuk, tak senang la idup nampaknye. ter kookooh kookooh sana sini. 

Batuk dengan kehidupan aku mcm dah tak boleh dipisahkan pulak. Senang sangat nak kena serang penyakit batuk ni. Sistem imunisasi badan mesti dah malas nak layan Encik Batuk ni. 

Ada beberapa sebab kita senang nak kena batuk. Kalau aku? Hmm.. maybe sebab tak tahan minum air berais. Tapi air berais tu yang ummpphhh.. Tambah2 kalau dapat minum teh ais. Pergi kedai je teh ais.. Macam la air lain tade. Abang aku pernah tegur dulu time makan satu kedai ni. Nak order makan yang lain dari masakan harian la. Tapi bila order air, teh ais jugak yang aku mintak. Cube ler mintak air buah-buahan ker, air yang mahal2 sikit ker.. Nak wat cam ne, faberet tuh.

Back to topic, batuk.

Aku kalau dah start kena batuk , memang susah la nak hilang. Kadang-kadang berminggu-minggu. Kalau minum ubat batuk pun udah tade kesan. Bila pergi klinik je dapat le ubat batuk. Naik tensen aku nengok ubat batuk, dah macam tengok kicap jer. Aku dah la memang tak suka dengan rasa ubat batuk. Letak atas sudu, mau berminit-minit jugak baru ubat tu aku masukkan dalam mulut. I hate ubat batuk !

Kalau time kecik-kecik dulu, bila nak batuk jer, sanggup lari nyorok dalam bilik, pastu tekup muka dengan bantal. Dengan harapan, abah tak dengo bunyi batuk. Hehehe. Kalau tak, mesti kena paksa minum ubat batuk. Tapi..kadang-kadang kantoi gak. Rumah jenis papan, kompom bunyi-bunyi batuk akan kedengaran jugak. Untuk mengelakkan kena marah berulang kali, terpaksa la melangkah kemalasan menuju ke dapur , cari ubat batuk and telan jugak. Ooo...tunggu.. Sebelum telan, kita wat trick sikit. Waktu abah ada, tuang cukup2 ikut sukatan, bila abah dah tak nampak, buang sikit dalam singki..Hehehe.. So, sikit je kena telan **SENYUM ** ..  Nak wat cam mane, saya hanyalah seorang budak yang menganggap ubat batuk adalah musuh!~

Itu sume time budak-budak.. Sekarang tak lagi buat perangai sebegitu. Minum ubat batuk on time, ikut sukatan. Tapi ubat batuk masih musuh saya. SELAMANYA ~

Ubat batuk .. Selalunya aku hanya minum yang dapat kat klinik. Kalau yang beli kat farmasi, aku akan belek lama-lama. Tengok simbol KKM, Halal semua. Iye la. Benda nak masuk dalam perut, kena la pastikan betul-betul. Takut ada bahan-bahan memudaratkan, naya jer. Tapi teringin pulak nak cuba ubat batuk cap ibu dan anak. Ini semua pengaruh daripada drama-drama Jepun masa kecil. Bila iklan jer, mesti ada iklan ubat batuk cap ibu dan anak.Sedap ke ubat batuk cap ibu dan anak ni? 

Haa..kalau dah minum ubat batuk, dont drink and drive okay . Ubat batuk boleh membuatkan kita jadi mengantuk. Tapi bagus kalau minum ubat batuk time-time nak pergi keje. Ada alasan nak tido di opis. "ooh bos, tadi saya minum ubat batuk, tu sebab ngantuk, tak sedar tertido "" winkwink..

Batuk oohhh batuk... Tolong la pergi jauh-jauh dari aku.. Bila dah batuk, nanti Cik Selsema dan Cik Demam pun datang la menempek sekali. Tiga sekawan yang suka melekat bersama-sama. Antibodi diri ni dah la lemah. Kena je serang 3 sekawan tu, abes la berat badan jatuh . Huh ! Makin keding la nanti.


Ada banyak juga petua yang aku dengar/baca tentang cara-cara nak hilangkan batuk ::

  • Minum madu + limau nipis
  • Minum air limau suam
  • Makan tomyam pedas :: yang ni memang aku selalu cuba sebab aku suka tomyam. aiseh, lapar la pulak
  • Gosok campuran perahan air limau nipis + minyak kayu putih + buah pala yang diparut :: yang ni first time baca. Minyak kayu putih tu apa?
  • Minum air rendaman kerak nasi dengan air suam. Bila dah kembang, minum tiap-tiap pagi.

Dan banyak lagi....Macam-macam la petua yang ada. 

Kalau rajin ( tak macam aku) boleh la cuba petua-petua ni semua. 

Ohh ye.. Kalau dah start batuk tu, hentikan lah minum air berais sementara waktu. Jangan macam saya. Tetap jugak minum. Lepas tu membebel batuk tak nak berhenti. Heee..

masa bersama rumet

253 am , 1 feb 2012 mengikut jam lappy ku..

kenapa saya masih belum tido?

sambil menghapdet blog kusam ini, amek masa untuk ber pillow talk bersama rumet. lama dah xde sesi begini. sesi meluahkan perasaan. sesi bercerita itu ini. sebab esok cuti wilayah.

dunia saya dan rumet.

cerite tentang keje, tekanan, umur yang dah tua, masih tak kawen, duit.. isu-isu penting nih..

cha, jom kite cerita pasal makanan nak ? lapo ler pagi-pagi buta ni.

RUMET SAYE SINGLE LAGIK !!!

Petrosains KLCC - The Discovery Centre

Setelah berkurun berdating ke KLCC, akhirnya berjaya memujuk dia untuk berdating secara berhemah di dalam Petrosains KLCC. Tak la mahal tiketnye pon. Untuk dewasa seperti kami, RM15 seorang. Okay, mampu lagi :: sila puasa selama 2 hari :: hee... Beli tiket dapat sekali macam tiket harga promo untuk Aquaria dan Petrosains. Valid sampai 29 February 2012.

Kenapa tiket bukan kaler ijau ? Petronas kan ijau ?
Kasi besar sket, bior nampak harga promo


Ingatkan nak masuk dalam tu kena la berjalan macam masuk Aquaria ke, Pusat Sains Negara ke, Zoo ker.. Rupanya kena naik gondola. Wahh..macam best. Tapi tade gambo yang dapat di ambil ketika naik Encik Gondola itu sebab tidak dibenarkan. Perjalanan dimulakan dalam KEGELAPAN. ooohh...saya takut air dan gelap..Ape gelap-gelap ni.. Salah jalan gondola ni kang.. Tak lama pastu, baru la muncul hutan-hutan, air terjun bersama-sama lampu-lampu. Lega hati saya. Encik Gondola kemudian berpusing-pusing (cuak dah) .. Tetiba, nampak rel tu naik ke atas.. Aihh.. Ni nak kena naik macam roller-coaster jer..Makin cuak ! Tapi sikit je pun.. Cuak jer lebih.. Seminit gitu-gitu, sampai la station berhenti.. Start berjalan. 10 ribu langkah sehari. Eh, cukup ke nak 10 ribu langkah dalam Petrosains ni?

Ni floor plan dalam Petrosains :: sebab saya lupa station mane ikut turutan-mcm banyak jer station ::

Gambar telah dibesarkan sikit so, maaf kerana kurang memuaskan


Banyak masa yang di ambil untuk habis tengok semua benda. Itu pun ada yang tak cuba or baca or tengok.Hehehehe..Sebab sikit-sikit dengar pengumuman galeri dah nak ditutup dalam masa dot dot minit la..itu ini la, Macam nak suruh keluar cepat-cepat jer.. Sabo le weih.. 

Oohh.. ada satu benda yang buat saya rimas. Dinasour yang menyanyi ala-ala rapper itu. Shadap la Encik Dino ! Oohh..ada satu lagi.. Ada satu bahagian untuk suasana dalam kabin ( kabin ker perkataan nyer ? ) untuk krew-krew Pteronas yang kena kerja kat tengah-tengah laut tu. Ala, offshore kan ? Main psuing tengok macam tu la. Sebab nak cepat-cepat keluar atas reason, orang situ dok bagi annoucement pasal galeri dah nak tutup ~ Tapi, tiba-tiba encik boyfren panggil balik tengok bilik krew tuh..Huh? Nak wat per? Ingat tak leh masuk.. Eh..Tade pintu..Ingat ade pintu kaca.. Haahaa..Rupanya pintu kayu tu dah siap-siap tolak tepi.. Masuk le nengok dalam tu macam mana. Ada katil 2 tingkat tu. Kemudian... encik boyfren tunjuk atas katil.. Waduhh..waduh...ada orang pak !! Siot !! Ada replika orang tengah tido.. Macam mayat ! Antu !! Terkejut jer tengok benda tu baring. Ada plak letak patung tu. Ish2.. Berdesup aku lari keluar..Encik boyfren boleh bantai gelak..ooo..Sukanye! Tunggu masa la nak balas. Patut beriya panggil masuk tengok.

Ada satu bekas tu, untuk ujian taufan..eh, ye ker? cepat lupa. Bekas dia macam public phone.. Haa.. Masuk dalam tu, nanti angin akan bertiup dengan kencang macam ribut sampai 100Km/j ++..Hooo.. Tak nak masuk. Nanti tudung rosak. Dia jer masuk. Hahahahaha. Abes kusut rambut. 

Okay la. pusing, berjalan, cuba itu ini, baca itu ini, saya rasa cukup 10 ribu langkah sehari !~ Bagus untuk kesihatan. Amalkan selalu. Heee.. Nak tulis pasal suma part dalam Petrosains macam panjang jer. Untuk yang tak pernah pergi, elok la pergi. Banyak info menarik. Bawak la anak-anak sekali. Menjana minda anak-anak dari kecil. Pastu suh anak belajar rajin-rajiin, masuk UTP ker, dapatkan biasiswa Petronas ker, keje kat Petronas ke..Bagus keje dengan Petronas.  Saya? oohh tak.. Bukan keje dengan Petronas tapi isi minyak kete memang dekat stesen minyak Petronas :: lari topik ! ::

Oohh yeaaa.. Time nak balik pon kena nak Encik Gondola. Part nak balik, sakit tengkuk. Why ?? Sebab ada satu tempat, kena sandar betol2. Tadi naik mendaki, Ni nak turun bukit lak. Tapi muka pandang ke depan..Nak sandar betol cam segan jer. Sebab ade orang kat seat belakang. Time pergi bole la potpetpotpet sebab tade orang lain. Kenapa gondola itu turun bukit tapi kepala mendongak ke atas ?? Sebab.. nak bagi kita tengok bintang-bintang, batu-batu meteor meteorit ? Eh.. Senang cerita, macam kita tengok langit.. Nasib baik tak lama. Kalau tak lenguh la giler tengkuk ini..

Boleh amek gambo, then emel ke emel sendiri





Daaa...end of story.

tutty fruity...

Gambo yang telah di edit untuk nampak lebih enak

Nyumm..nyum.. Dulu aku ada la tulis entry pasal aiskrim tutty fruity ni kan..Ngidam sebenarnye time tu.. Kalau buka fesbuk jer, ade la dok wat status tgh makan mende nih or nak pergi makan tutty fruity la.. Wahh.. jeles ! Aiskrim mahal .. Gulp gulp telan air liur.. 

Setelah tahap mengidam aku terhadap aiskrim ni dah sampai tahap melampau, terpaksa la merayu meggoda menggedik2 pada enchik boyfren supaya belanja makan aiskrim mahal itu ( hikhikhik, extreme tol bunyi menggoda tuh , huih ..) .HAHAHA dia kena belanje ! Jangan risau, dah niat awal2 x nak amek banyak2..

Sebelum pergi , dah survey siap2 cara-cara nak beli .. hehe.. ye la..x pernah makan kan.. kang malu ler terkebil2. Siap tengok flavour yang ada, topping ape ada dan outlet terdekat kat mana. 

Memandangkan ari tu berpose ganti ( jangan tanye bape ari.. h0h0h0h0 ), pas berbuke baru ler pergi makan Tutty Fruity itu di Wangsa Link..tu..sebelah Wangsa Walk..dah terlajak makan ayam penyet kat area situ. Sampai jer kedai aiskrim mahal itu, fuhhhh lega.. ade satu kapel je tgh makan kat luar tu... Nasib baik. Xde la malu kalau terkebil-kebil kat dalam tu. Masuk melangkah dengan yakin nye.. Dalam hati trus fikir, amek jer perisa vanilla tuh..itu feberet ooo.. Amek sekali tarik jer. Pastu enchik boyfren tanye lagi, tak nak campur yang lain ker? Oooh... Dalam hati (tape la , dia nak belanje, amek jer la kan??? kan ?? hikhikhik ).. Amek ape tah.. kaler merah oren gitu..Lupe lak name flavour tu. Then. amek topping sket..mashmallow dengan kacang coklat ape tah.. Tengok dalam gambo web, ade buah kiwi la, stoberi la.. Sampai situ, TADE PON... Kechiwa..Ade buah-buahan yang dah dipotong kecik-kecik. Tak aci !! Nak yang macam dalam gambo !!

Okay.. Lupakan kekecewaan itu. Makan aje ape yang dah diambil. Bila kena timbang, kena la bayar Rm10.60. Tak mahal bagi orang yang kaya. HAHAHAHAHA. Makan aiskrim itu bersama mashmallow memang la sedap. Walaupon mashmallow tu dah liat. 

Terima kasih pada enchik boyfren yang tolong belanja. Lain kali boleh belanja lagi yer. Makan benda FREE memang la sedap dan menggembirakan.. Tak gitu ?