Saturday, December 29

langkawi trip

rasanya tak pernah aku citer tentang apa-apa trip yang aku pergi dalam blog sendu ini.

disember 2012, aku join satu trip opis ke Langkawi.. trip yang dinamakan ...tah...lupa..hahahahha..so semua yang terlibat (almost semua la, ada la 2,3 orang yang ergi sendiri), naik bas opis dari kolej sampai le jeti Kuala Perlis. memandangkan yang pergi ni ada yang bawa family, sp byk sgt la pit stop kami. perjalanan yang rasanya cuma masa masa 4-5 jam, udah jadi lameee sangat. huhu.. aku yang dok dalam bas ni kejap pejam celik pejam celik tido, bangun2 idak le sampai2 jugak..dah rasa macam nak pergi masuk Siam je lamanya. 

dah tiket feri pun dah petang dan sampai jeti Kuah pon dan maghrib gitu. sampai hotel je rasanya nak landing terus atas katil. penat duduk ! tapi kerana perut dah sakan menyanyi lagu kpop, aku gagahi jua turun berjalan mencari kedai makan bersama rumetku Mala. nasib baik la kedai makan tak le jauh sangat dari hotel eagle tu. hajat di hati pas makan nak balik hotel tapi buat ape la pergi trip kalau asyik tido tido tido je kan. so pas makan sambung jalan-jalan ke tepi jeti. ala.dekat je pun. peluh tak sempat menitik pun.

port yang dituju adalah ..tu..HELANG  yang besar tu..sebelum-sebelum ni bila pergi Langkawi, tak pernah pula la terasa nak tangkap gambo kat helang tu..tapi mlm tu snap la satu dua. cuma bila pakai kamera telefon, gambo jadi tak cantik. cahaya lampu kat situ membuatkan helang jadi kabur...

esoknya...

esoknya kami semua pergi melawat Kolej Komuniti Langkawi. yang ni memang kena masuk dalam agenda lawatan. tak lama pun kat situ..tinjau sana sini , dah habis. ingatkan dapat la jumpa kawan aku si Umai tu tapi ke KL pula dia hari tu. lepas lawatan , balik hotel , tukar baju, yeaahhhh jalan lagi..pusing satu langkawi...jalan sana jalan sini, tup tup dah malam. malam tu makan malam special sikit. salah seorang staff opis aku ni memang orang sana so malam tu family dia buat makan-makan kat rumah dia.wahhh...Terima Kasih nye Fisah..sodappp !

esoknya lagi...

masa untuk balik.. nasib baik la aku bukan jenis soping barang-barang ni..kalu tak jenuh nak angkut naik feri..pergi balik dapat feri 2 tingkat. Alhamdulillah. selesa la sikit berbanding yang satu tingkat. sampai Kuala Perlis, naik bas, balik Teluk Intan... yieeehaaa...masa untuk tido la kalau dah naik bas tu. 

The end.



Wednesday, December 5

senyum?



Ya Allah, tak ku sangka secepat ini masa itu akan hadir.

Alhamdulillah. Ini yang terbaik . Aku pasrah

Itu yang mampu ku ucapkan.


pandanglah ke langit, dan senyumlah...biarkan senyuman itu kekal sehingga ke akhirnya.


Saturday, December 1

motif?

motif blog ini diwujudkan adalah untuk aku buang masa~~

motif blog ini diwujudkan juga adalah sebab kdg-kdg bila ada masalah, tak tahu nk bercerita pada siapa, so blog ini la yang kena dengar ~

terima kasih enchik blog ~


Friday, November 30

disember yang datang

hye~

hari ni 30 november
esok 1 disember
cepatnya masa berlalu

kenapa aku rasa masa itu semakin hampir
kuatkah diri aku saat menghadapi masa itu

Ya Allah, kau tenangkan hatiku ini
Sesungguhnya masa itu tetap akan hadir..

kepada-Mu ku berserah


** hari-hari terakhir ** tabahlah duhai hati **



Ya Allah..
kabulkanlah doa-doa di dalam sujudku, doa-doa di setiap solatku..


La Tahzan Innallaha Ma'ana

:: malam yang sunyi ::


meeting

the tarikh : 28-30 november
the tempat : MH Hotel, Ipoh

pengurusan masa dan komitmen adalah penting.
okay bos, saya ingat pesanan bos tu.
 
ni saya datang meeting ni, saya bagi komitmen le ni ;)

bilik cantik tp sayang, rumet saya tak muncul-muncul.
tapi rumet, katil awak tu memang saya tak usik pun.



Sunday, November 25

lari, nyorok, tembak

yeah..paintball !!


the tarikh : 24 November 
the tempat : My Gopeng Resorts
the nama :: KKTI Paintball Tournament League ( league sangat!!)



masa untuk bermain paintball

semalam unit sukan ehemm aku, telah mengaturkan satu perlawanan paintball bertempat di My Gopeng Resorts. pada mulanya pernyertaan dibuka kepada semua staff tapi memandangkan ramai staff yang tidak dapat hadir, aku pun jemput la student kolej untuk join sekali.

pagi sabtu, 24 november, hujan adalah lebat, jadi pergerakan kami pun boleh dikatakan sedikit tidak lancar. sepatutnya kami mula bertolak dari teluk intan ke gopeng jam 7 pagi tetapi dekat pukul 8 baru dapat bertolak.

sampai di gopeng, kami terpaksa tinggalkan bas dan kena naik lori pulak untuk ke resort tersebut kerana memandangkan permukaan geografi di situ tidak mengizinkan sebiji bas yang besar naik. jalan adalah sempit.~ dah macam perlarian~

so, game berjalan seperti yang dirancang but aku sedikit kecewa dengan keluasan tempat game dan marker yang digunakan. aku tak pasti marker tersebut telah diisi gas secukupnya atau tidak.banyak marker yang kehabisan gas time tengah-tengah syok nak tembak musuh.

bila dah selesai semua game,  untuk menghabiskan pellet yang ada, kami bermain satu lagi game yang mana TAKDE RULES langsung. hahahha.. kumpulan mana yang kena tembak banyak dikira menang. dan kumpulan terdiri adalah daripada kump staff dan kump student. omg omg.. aku ditembak dari jarak lebih kurang 1 meter je. dan hasilnya memang berlebam-lebam la kaki dan tangan. ~ salihuddin !!!~ ciss.. cik sukan memang jadi dorg punya target. fine~

in the end, kami happy.

so, tahun depan kita main lagi nyer. tp kat tempat lain. nanti kita main speedball pulak tak nak war games dah. huhu.. kasi lagi sakit.. ;)  ada berani ???









Monday, November 19

exam lagi



the tarikh : 20 november 2012
the tempat : UPM serdang
the nama : exam subjek jabatan

dah baca-baca?
baca apenye, minggu ni sibuk je kat opis
malam sibuk tengok tv plak ;)

esok nak exam uiit qaseh uiit..
ni tengok tv lagi
adoii..

gluck la qaseh nyer..

** kat umah abg, tengok tv **

Monday, November 12

habis dah..

alhamdulillah..

SUKIPT 2012 dah melabuhkan tirai. 

tahniah kepada kontinjen-kontinjen semua.

and jutaan terima kasih kepada my dear frens dari  KK Perak yang sama-sama mengharungi SUKIPT ini bersama saya.

muahhh

jumpa lagi nanti.

Thursday, October 25

SUKIPT

hye..salam

tau apa itu SUKIPT ?

sukan institusi pengajian tinggi.


kolej komuniti adalah antara IPT yang terlibat menyertai sukan ini.  di setiap negeri, kolej-kolej akan bergabung membentuk Kolej Komuniti Negeri contohnya Kolej Komuniti Perak.

sebagai PBS di kolej, kami telah akan merancang, mengadakan pemilihan atlet dan semua-semua la, bagi memastikan kelancaran penyertaan dari Kolej Komuniti Perak. 

SUKIPT akan berlangsung dari 28 Oktober sehingga 11 November 2012 di sekitar Lembah Klang.

hmm.. nak cerita tentang SUKIPT ni banyak sebenarnya. ni kali pertama SUKIPT diadakan dan akan diadakan dwi-tahunan. so, hopefully, semuanya akan berjalan dengan lancar.

caiyok caiyok kolej komuniti ~

XOXO

Wednesday, October 17

eksplorasi Teluk Intan

assalamualaikum.

program ni merupakan program anjuran kolej dengan kerjasama daripada KPT. so kolej kami telah dipilih untuk menganjurkan program yang dinamakan Eksplorasi Warisan dan Budaya 2012. sebelum pergi induksi ari tu , memang dah start buat keje untuk program ni. then tup-tup dpat surat kena pergi induksi smp 12hb. omg~ program ini start 11hb. 

balik dari induksi, malam tu terus pergi join program ni.

program ini adalah untuk menonjolkan warisan dan budaya yang ada di sekitar teluk intan. memandangkan teluk intan terkenal dengan menara condong, nenas dan udang galah, so antara aktiviti yang dijalankan adalah memancing udang galah, eksplorasi menara condong dan beberapa acara melibatkan nenas.

respon dari para peserta adalah amat memberangsangkan dan positif. LIKE ~

ok guys, tahun depan kita buat lagi nyer...

yang penting kita enjoy !! ~ the SUs~

Tuesday, October 16

exam

exam
exam JPA

the tarikh : 17 & 18 Oktober
the tempat : Jabatan Kehakiman Syariah, Ipoh

tak payah baca apa-apa
tagging je
pinjam buku
beli buku

2 hari kena drive ulang alik pergi ipoh
dah lama tak menulis panjang-panjang
kompom nanti jari-jari krem
 
ok, tabah

hari ni cuti.
tapi kena pergi opis siapkan ABM
ok, tabah lagi.

gluck qaseh.

Thursday, October 11

induksi kbs

yeah..kursus lagi..

the tarikh : 3 - 12 oktober
the tempat : kompleks rakan muda, bukit kiara

kursus? apa lagi nk dikatakan. kalau kursus mesti ada ceramah, ada assignment.

kali ni rumetku adalah kak lin. kak lin adalah salah seorang peserta kkbs yang terus kena lapor diri kat penempatan sbb dia preggy. haa..ok gak dapat dia jadi rumet. boleh berkenalan. time kursus KPT ari tu tak bersembang sangat. so, kak lin memang dah masuk bln ke-9 preggy. sepanjang kursus ni, aku cukup risau kalau dia tetiba nak bersalin. walaupun husband dia memang duduk KL ( kak lin keje kat politeknik merlimau), tapi yer la kalau dibuatnya tengah malam dia nak bersalin, aku jugak yang tak keruan nanti.hahaha. hari-hari aku bagi pesanan pada kak lin " kak, nak bersalin pun biar lepas exam 12hb nnt yer".. ;)

kursus berjalan maca biasa, relax jer. tak de apa-apa tekanan pun. dapat ahli kumpulan utk assignment pun sempoi-sempoi, semua buat keje dan memberikan kerjasama.so tiada timbul apa-apa masalah.

ayuhh..mari kita study untuk exam jumaat ni (esok!!!) ..caiiyokk !~

Sunday, August 19

salam aidilfitri

salam aidilfitri untuk semua 


* last raya as solo. insha Allah. kita merancang, Tuhan yang menentukan

Friday, August 3

akhirnya..

3 ogos 2012

akhirnya, berjaya juga dapat rumah sewa baru. thanx to mak and abg yang tlg cari ;)
selesai urusan bayar membayar, kunci pun dah dapat. nanti boleh la cuci rumah, pindah barang sikit-sikit.

lepas raya, pindah dan duduk terus di sini.

alhamdulillah.


Sunday, July 15

kursus again

salam

the tarikh : 15-19 julai
the tempat : Hotel Grand Continental, KL

yup.. kursus lagi. tapi ini kursus di bawah KPT.

otw nk prgi hotel tadi, boleh pulak ada kereta langgar my bumblebee. oucchh.. ada meninggalkan kesan calar. geramnye.. tak sempat nak tengok no plat.

takpe la. dah takdir ;)

so, selamat berkursus.

mood : melepak di dalam bilik bersama rumetku aka sahabatku dalila ~

Wednesday, July 11

rumah sewa

assalamualaikum n hye ~

cukup sebulan aku menyewa bilik kat rumah sewa taman seri setia ni.  11 jun -11 julai

misi selepas ini adalah untuk mencari sebiji rumah sewa yang kosong. then, nak bawa mak abah duduk sekali. aku sekarang tiap-tiap minggu balik kampung..wahh..seronok pulak.duduk KL dulu tunggu ada cuti la baru dapat balik.

so, mission kena setel kan sebelum raya puasa.

till then. bye

Tuesday, June 26

kkbs part 3

70 days. 

cerita tentang kkbs ni, aku tak nak ingat perkara-perkara negatif, yang aku nak ingat adalah perkara-perkara positif dan kenangan manis selama berkursus jer. yang lain, tolak tepi jauh-jauh....~

ok la. aku mengaku. aku jadi seorang yang pendiam dan skema sepanjang kursus dan juga tak aktif. aku lebih banyak memerhati, senyap dari berkata-kata. so mungkin dari situ orang akan judge aku sebagai " budak ni mesti x tau ape-ape. pendapat pun tak bagi ."

hahaha.. berbeza dengan sikap aku yang suke potpet dan bikin kecoh. entah. maybe sebab kali ni aku lebih suka nak tengok dulu keadaan. belajar dalam diam. macam yang dorang selalu cakap, baca game dulu. ;)

tapi bila ingat balik, macam tak percaya jer aku pernah menangis dalam kursus ni. menangis sebab aku rasa aku tak layak menang satu benda. okay.buang jauh-jauh memori itu.

pejam celik pejam celik. kkbs siri 1/2012 tamat juga paada 9 jun 2012. malam terakhir tu macam biasalah, mesti kena buat persembahan walaupun kami adalah orang yang diraikan. ;)

so guys, aku memang rindu anda semua. tak kira la yang rapat dengan aku or tidak. keep in touch ya!~ muahhhhh xoxo



end

Sunday, June 24

kkbs part 2

part 2 bermula

assalamualaikum ~ 

kembali ke abpm, kursus diteruskan dengan modul2 yang lain..

untuk entry kali ni, aku nak bercerita tetang modul di OBS, RELA dan HBN . tak banyak pun. sikit jer. 

OBS ..outward bound school di Lumut. kembali lagi aku ke sini..cik ali cik ali..di manakah kamu..huwawawa.. cik ali ni instructor untuk watch aku dl, watch Tahan. tapi kali ni dia jadi instructor watch lain. and instrcutor watch aku adalah cik aina. tak ade ape yang berubah. macam biasa, sila bagi telefon, gajet2, cekedi2, duit2 untuk disimpan oleh instructor anda. bila berada di OBS, semua kembali ke basic nyer. no phone, no rokok, makan ape yang disediakan ..dan pastikan anda makan menggunakan sudu dan garfu.

suasana kat sini memang best. tak ingat dunia luar. kali ini ada cabaran naik whaler. n kayak semestinya la. kalau dulu berkayak mengelilingi pulau tapi kali ni br'whaler' mengelilingi pulau nyer. 

ada 6 watch dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan 3 watch. so, kumpulan aku akan start dengan berkayak dulu. kali ini, partner aku adalah encik hafdzam.lelaki akan di'pair'kan dengan wanita. dulu pon macam ini juga. maka berkayak lah kami sehingga ke satu hentian. berkhemah masak2 semua kat situ. esoknya pulang ke OBS.

petang kami ade aktiviti berakit. bina rakit sendiri dan lawan dengan watch lain. walaupun tak menang nombor 1, tapi okay la sebab rakit tak pecah.

the next day, kami ber'whaler' pulak. yang ni memang memenatkan. memandangkan masa petang itu agak dah suntuk, dan perjalanan jauh lagi maka ketiga-tiga whaler kena tunda dengan boat.hahahaha..duduk senyap-senyap, enjoy tengok pemandangan.

okay..sampai kat pulau syawal. naikkan khemah, masak. lampu-lampu memang takde nyer. punca air yang ada pun adalah air perigi. walaupun group sebelum ni kata air perigi tu boleh buat badan gatal-gatal, ada lintah la pacat la ape la. aku berjaya jugak memujuk azhani untuk teman aku mandi air perigi..yeaahh!! mana boleh tahan tak mandi. melekit la badan. tapi kena tunggu turn. lama sangaaat la kaum lelaki mandi. kejang kaki aku berdiri tunggu. tapi bila dah sampai turn kami, memang best. takde orang. buat macam kay rumah sendiri . ;) ...kan hani kan?? takde pun jumpa pacat ke lintah ke. yang paling penting, takde sape pun ngitai..fuhh..selamat ~~ 

cabaran kemudikan whaler memang ada. kat sini la kesabaran setiap orang diuji. tekanan terasa time kena bawak keliling pulau dan balik ke OBS. masing-masing muka dah ketat. yang naik angin pun ada. termasuklah aku..heee..sorry guys. tapi kesudahannya, menyeronokkan. otw balik , angin plak elok bertiup kencang. apa lagi. duduk jer la..sambil menyanyikan lagu balik kampung~~ 

::natt~hani~zita~fara~ika~rahmat~syed~panjang~kodi~badri~tay~err,abg padil ke..sori lupe ~::


                    ***************************************************************************

RELA ~ sg petani

Modul Disiplin dan Ketahanan Diri II

dekat sini, kami berpeluang untuk belajar menembak menggunakan M16. tapi perjalanan nak ke sini memang agak jauhhh.. hari pertama, petang tu kami belajar menggunakan M16, macam mana nak pegang, masukkan peluru dan menembak.tapi latihan petang tu pakai peluru kapur

esoknya,  latihan menembak menggunakan peluru betul. kerana kerabunan, aku pun tak tau apa yang aku tembak. hahahah. ok la tu. bukan 0-0-0 nyer.

so.. dekat sini hanyalah 2 hari..

platun 23

                           *****************************************************

HBN ~ Hari Belia Negara ~

memandangkan HBN kali ni berlangsung ketika kami sedang berkursus maka, kami pun terlibatlah sama. bermula dengan promosi sehinggalah ketika hari kejadian.. nasib baik ada HBN, so bila kena buat promosi, dapatlah kami kuar berjalan-jalan. takde la beku je duduk dalam ABPM. tak gitu ? ;)

aku masuk dalam krew VVIP eh VIP.. kat memandangkan aku dgn nadlin sama group, dan bila orang pakai nat or nad, dua2 menjawab so kami tukar nama semua ahli kumpulan. best pulak buat macam ni.

natrah = rara
nadlin = lili
nora = nono
nina = nana
nazeela = lala
nazifah = fafa
azhani = nini
radzi = zizi
zulzharif = zz ( zekzek)
munawar = wawa ( huhu)
ekin = kiki


so, untuk HBN ni, nak letak gambar je..huhu




tu jer..sekian..kuikuikui.. chow ~

Saturday, June 23

kkbs part 1

kkbs 1/2012

so, hii again and asssalamualaikum..

1 April - 9 Jun 2012...70 days. away from home. awaaayyyy from my love. semuanya berubah 360 darjah ( mane lak simbol darjah ni..?? )

satu tempoh panjang yang perlu aku lalui demi sebuah kehidupan baru..woww..ayat !~

the tajuk : kursus kepegawaian belia dan sukan
the tempat : akademi pembangunan belia malaysia ( uiiks..betul ke~), batu gajah
the peserta : 90 org ( sepatutnye 90 ++ but then ibu2 mengandung  diminta trus lapor diri ke penempatan sbb ada modul yang tak sesuai untuk mereka wat dlm keadaan mcm tu..~ next kkbs katanye br join)

adalah sangat bangga menjadi peserta pertama daftar n punch card ( wahhh..lame x punch card, i miss my dear IPK Bangsar )..opps..lupa..sebelum boleh daftar, ada la berkenalan dengan 2 3 orang..dan mereka adalah nadlin, look xd, husna dan zatul ...( muru ada tapi dia duduk jauh, i malu nak tegur2 lelaki ~ okay, sila blah !!~)

then , daftar bilik, ambil kunci, naik atas, oohh..orang pertama masuk bilik.. sapu-sapu sket..buang2 habuk ( oh dear, i miss my hostel life ) ..waiting..n waiting..n waiting..eh, mane rumet2 yang lain ni..ada 3 lagi katil kosong..dipendekkan masa n cerita , akhirnye ketemu juga aku dengan rumet2 ku ~ kak zita, kak fizah n kak rai ~ saya sayang rumet saya . mereka adalah sangat best !! 

petang dah start taklimat..dan bermula la segalanya..

modulnye adalah banyak dan berbeza..bermula dengan....

~ Modul Disiplin & Ketahanan Diri I di PLPGA Ulu Kinta ~

::  okay..PLPGA ? pusat latihan dan pasukan gerakan am ...sblm pergi sini, mcm2 dlm otak ni berfikir - ape la training yg dorg nak bagi ni.. larat ke aku ni..dah lame x exercise ni.. lutut dah la sakit.. bla bla bla n so on..sampai2 je, kami dipecahkan kepada 3 platun ~ 22,23 n 24 , aku? hidup platun 23 !!!~..ahaa..nasib baik kak dayang (dk rai) , the rumet pun sama platun dengan aku. ada la geng kan..( ok bah kalau kau) ::

::  so, dah name pun modul disiplin, maka pengurusan masa adalah amat dititik beratkan . awal-awal lagi kami dah berlari berkejaran berguling2 melompat2 hantar beg2 naik bilik then berkumpul balik ::

:: ok dear, masa untuk menggelapkan kulit yang sedia ada tak cerah ~.. mula-mula modul ni start, badan aku agak tersentap jugak la. im sorry my dear otot-otot. macam2 kena buat.. tapi bila dah masuk minggu kedua , aku rasa sangat enjoy duduk kat PLPGA. walaupun pagi smp petang adalah penat dgn latihan fizikal gitu2, tapi malam kami dapat rest walaupun ada ceramah or aktiviti ::

:: paling best adalah TAKDE ROLL CALL !! ::

:: 16 april ~ masa untuk pulang ke APBM ..sedih..lagi2 sedih sebab misi untuk mengorat abang UTK tidak berjaya..huhu ~kidding ! ::

:: naik bas naik bas..balik batu gajah !!!~ 

picca? kat bawah nyer ~~


  okay, sket sudah ~~ :) 

Wednesday, June 20

pheww...lama x update

habis dah kursus 70hari..hiphiphoreyyy..ni pn dah start keje kt tmpt baru..dah bole nk start update blog balik..opps..ni time keje..tg blk keje nnt..yeszaaa...

Friday, March 2

susu anlene

Aku bukanlah seorang yang anti susu. Time belajar dulu memang selalu je minum susu. Tapi susu Nespray la. Kalau kat kampung, bancuh air apa2, mesti nak kena bubuh susu Nespray. Susu tin aku muak sket. Sebab tu kalau minum kat kedai, cepat je rasa kenyang dan sakit perut. Allergik dengan susu tinkah? 

Hari tu teman mak pergi kedai runcit. Beli-beli barang sikit. Kemudian, ternampaklah sebungkus susu Anlene. Hurmm..Tangan ni pon gatal lah pergi ambil dan bayar. Tu pon sebab bungkus kecil. so, bajet leh la abeskan. Bungkus kecil pon harga tetap urrmpp.RM 6.40. dushh !! 

Dulu aku pernah minum susu Anlene nih. Tapi yang perisa coklat. Itu pun kidnap kakak punyer. Ooh, rasanye adalah tidak best. Itu la pertama kali dan terakhir aku minum susu tersebut.

Itu cerita beberapa tahun yang lalu. Sekarang, memandangkan dah makin tua dan tulang dok berbunyi2, aku gigihkan la diri minum susu anlene ni gak ~ walaupun hakikatnya aku malas tapi sebab mak hari-hari pesan suh minum ..heeeeeee ~

Anlene oh Anlene.. Kenapakah rasa kamu tidak best ? Ke tekak aku jer rasa begini ?

Thursday, March 1

pose ganti

Assalamualaikum, hye~

Gadis-gadis, mak-mak orang sume,dah ganti pose ker?
Marilah kita sama-sama ganti pose sebelum dekat-dekat nak Ramadhan nanti.
Alhamdulillah, hari ni dapat pose ganti. Sebelum pergi umrah nanti, nak habiskan puasa ganti ni.

Wuhh..bila pose jer..:: tak kira la bln Ramadhan or time pose ganti :: , mesti terliurrr nak makan macam-macam. Kalau pergi pasar malam/bazar Ramadhan, semua benda nak beli. haih . perut ni. Macam hari ni. Teringin pulak nak makan burung puyuh goreng pedas. Penangan makan malam masa balik dari Langkawi hari tu. hikhikhik. 

Rasa nak makan ayam goreng McD pon ade gak.. Spaghetti Pizza Hut..Cendol pulut+jagung. Arghhhh..


Okay. Lebih kurang 15 minit lagi sebelum azan Maghrib berkumandang. Jom standby kat dapur..

Thursday, February 16

asyik fikir makanan

haru la hidup bile otak asyik pikir pasal makanan dan cik perut asyik rasa kosong jer.. kenapakah ? walau pun baru jer makan sejam yang lalu tapi rasa lapo lagi. adeh. lingkup la duit begini. aku memang suka makanan. kalau pergi jalan-jalan asyik rasa nak singgah kedai makan jer. lagi-lagi kalau tengok kedai fast food. duit banyak abes untuk makanan ! hahahaha

aku tak la gemok pun. kurus cekeding jer. tinggi 150cm berat 47.8kg ( ooowhh dah turun 2 kilo sebab demam ari tu ) .. nak naik badan bukan main susah. tapi nak turun wahh wahh senangnye !  kalau orang tengok aku mesti dorang akan ingat berat aku antara 40-42 kg jer. hahaha. kurus ! kalau dulu orang suke cakap aku tak cukup makan. amboi.. sedapnye mulut cakap macam tu. ingat tade duit ke nak beli makanan. :D 

entah la. teringin nak dapatkan badan cantek-cantek bentuk glass hour tuh. tapi dok makan-makan, lemak jer naik. hohoo.. penangan fast food dan ayam ayam ayam ~~ badan kecik, kaki gemok lemak..aiyoo. tak seimbang nampaknyer.. patut la lari pon tak laju. :p

huwarghhh..rasa nak makan spaghetti pizza hut la. sedapnye ~~

ooh makanan oohhh makanan..meleleh air liur

kredit : google

Tuesday, February 14

sana sini

dok sane ~ gado
dok sini ~ dorg gado
dok vista ~ termenung

kalau la kura-kura masih ada..ada jugak kawan.

sape cakap aku tak sayang ~
sape cakap aku benci ~
kalau aku bercakap, nanti di salah erti lagi ~
jadi, senyap ~
bicara dengan Allah ~


It may be that you hate something when it is good for you and it may be that ytou love something when it is bad for you. Allah knows and you do not know ~ Surat al-Baqara : 216


Allah..
Guide us every single day..
Allah..
Keep us close to You
Until the end of time.. 
- maher zain-

aku sayang dia

lawak utk hiburkan hatiku ~

HAHAHAHAHAHA..ni aku copy paste dari satu forum. credit to board lawak & jenaka, forum cari



kamera oh kamera

dah lama sangat rasa mengidam nak beli kamera. sampai sekarang, masih tade kamera sendiri. bila nak beli jer, dok pikir, " nk pakai bile ni ? " ; " watpe beli ni ? "; " ahh, sayang la duit beli kamera, bukan nak tgkap gambo sgt pon ".. uuh~~ itu la bait-bait ayat yg akan keluar dalam otak aku bila pergi jer kedai jual kamera. 

tapi bile tengok orang dok usung kamera, mula la rasa jeles ~

aku bukan la nak beli kamera yang mahal-mahal. bajet nak beli nikon DSLR D3100 tu jer pon. yg mcm kat bwh ni :


jadi ler..bukannye photograper kenduri kawen pon. nak wat pakai time jalan-jalan je.

sekarang ni nikon ade keluarkan kamera baru, nikon 1 namenye. ada j1 dengan v1. aku minat plak tengok yang j1 ni. kaler putih. comel jerk.

nak beli ke tak.. nak beli ke tak.. 

hrmm.. memandangkan x jd kawen taun ni kan, leh la kot pakai duit bajet utk kawen tu untuk beli kamera. h0h0h0.. pastu pergi jalan-jalan pusing satu Malaysia, tangkap gambo sendiri.

Monday, February 13

kawen ~

 soalan & jawapan dari http://shahirul.com

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
benda jadi complicated sebab ::

  • klu nak kawen kena ade keje tetap dl.keje 2 3 bulan x jamin hidup ..HOH
  • duit simpanan tade lagi..
  • tak nak mak bapak tolong. nak semuanye duit sendiri. adoii..
  • kenduri nak wat beso2
  • umur muda lagi..
  • mak bapak x bagi . nak kwen ni saper?

soooo..biarlah sampai ke tua  x kawen ? biarlah asyik berdating je ?

ahh..saper masuk minang, aku trime jer.. 
target : pertengahan 2012.

ooohh..no no..gile nak trime jer..hey mane bole..cannot..cannot..

xper la..tunggu jer 'tarikh' yg Allah dah tetapkan..

Saturday, February 11

bila aku menangis

sekarang ni, banyak sangat aura negatif kat sekeliling aku. selalu sangat aku menangis. 

kenapa nyer.. bila berbincang..orang selalu salah anggap ape aku cakap.. aku ade bad communication skills kot. jangan la marah-marah kat aku. aku ni perlukan sokongan dalam hidup. tambah-tambah dengan masalah sekarang ni.aku memang tak pandai bersembang, beri pendapat. sebab tu aku tak ramai kawan.

tu la..kadang-kadag memang aku rasa tade kawan nak bercerita. yang aku tau, nangis dalam doa, dalam sujud. tengah ngaji. dengar lagu. bila aku sorang-sorang. tapi bila orang lain ada, aku simpan dalam hati. berbicara dengan Allah buat aku rasa tenang.

bagus jugak ada blog ni. ada tempat nak luahkan perasaan. aku tau, tade sape pun baca blog ni. blog macam diari hidup kan.


aku sedih. 1240am, 11 feb 2012.

Thursday, February 9

ape itu bestfren?

ape itu bestfren? okay..kawan susah dan senang. kawan menangis dan ketawa. lagi ?

aku ade ke bestfren ? kenapa kadang-kadang rasa tade? 

mungkin sebab.. bila rasa sedih.. rasa nak meluahkan perasaan, tak tau nak luahkan pada siapa.. 

duduk dalam bilik, menangis sorang-sorang. tape.. aku memang tak nak susahkan kawan-kawan dengam masalah aku. tapi.. kadang-kadang,  terpaksa la Nisa and Jima jadi tempat untuk dengar aku bercerita. sorry  girls.  aku tade kawan. aku tade kawan yang orang kata ' keep in touch selalu-selalu tu', kawan yang selalu msg2, chatting, email.tade.. aku tade. aku semakin lama semakin jadi ' hidup sorang-sorang'. seronok kalu tengok Jima kuar dengan kawan-kawan dia. jalan sana sini. aku? 

kenapa nye aku jadi macam ni ..maybe sebab taraf kehidupan aku yang buat aku rasa malu nak dekat dengan kawan-kawan. betul ke? atau sebab..kalau aku tegur kawan. komen status fb kawan lama, orang tak layan ? oohh.. aku kena kikis semua perasaan rendah diri ni. 

nasib baik la, ada gak kawan-kawan sekepala macam vista-gossip-girls dengan ukm-besties. dorang okay. sebab tu  aku suka dorang. itu la kawan-kawan yang aku angggap 'bestfren'. tak kisah la kalau dorang tak anggap aku macam tu pun. janji aku hepi kawan dengan mereka.

lagi satu.. aku ada dia. yang memang selalu pening dengar aku potpet sana sini. tapi yer la. tak semua masalah aku leh cerita kat dia. jadi beban pulak.

dan lagi satu.. kalau pun aku tade bestfren.. aku masih ada FAMILY dan ALLAH. Alhamdulillah.

aku harap. lepas ni, aku lebih rajin bersembang dengan kawan-kawan. join aktiviti kawan-kawan. baru la hidup tak sorang-sorang.

arghh.sudah..sudah..hentikan merepek ini.

maaf nye. entry ni memang tah hape-hape. sebab aku emo sket.

hidup saya

umur dah semakin meningkat. taun ni dah nak masuk 28. what? 28 ? sepatutnya bila dah umur 28, macam-macam kejayaan dah dicapai. tapi aku.. ape pun tade lagi. masih macam 5 tahun yang dahulu. semakin  lama semakin kelam.

banyak benda aku nak capai / buat dalam hidup aku. sempat ke nak wat semua tu? hidup ni singkat je. dan kadang-kadang aku rasa, perjalanan hidup aku memang singkat. takkan lama. kenapa aku cakap macam tu? jawapan aku , entah lah. itu apa yang aku rasa. rasa yang susah nak diceritakan kepada orang lain.

aku selalu mengeluh. kenapa aku begini, kenapa aku tak macam tu.. kenapa aku tak macam orang lain.. kerja bagus. belajar pun bagus. ada suami, anak-anak..bohong kalau aku kata tak jeles tengok kehidupan kawan-kawan yang lain.

tapi..bila datang semua perasaan macam tu. aku akan ingatkan diri aku balik. itu semua rezeki dari Allah. usaha la lagi sampai dapat apa yang kita nak. aku bukannya tak berusaha langsung..mungkin. rezeki belum berpihak kepada aku. dan ingatlah, Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. bersabarlah.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinyaajalnya,amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”

bersabarlah.
ada sebabnya rezeki untuk aku lambat.

target aku untuk taun ni ( Ya Allah, tolong kabulkan doaku untuk aku capai semua ini ):

  • keje gomen
  • kawen ( say no more - selama ni aku target umur 27 )
  • beli kete baru
  • beli kamera
  • pegi china ( ni mungkin digantikan dengan umrah second time. tp kalau dapat pergi dua2 sekali, Alhamdulillah)

jangan pernah berputus asa.

Thursday, February 2

status fesbuk


kehidupan vista-gossip-girls . SENYUM

drama melayu, isnin-khamis

okay.. pukul 7pm, setiap isnin-khamis, tade channel len yang ditengok. kompom TV3. aku idak le tengok sangat. tapi  housemate aku ha.. tambah-tambah Jima dengan Atikah. sharp kul 7 dah melepek ateh sofa depan TV. minat bebeno deme tengok drama melayu nih. bagus-bagus.

Soffiya la, Tentang Dhia, sekarang ni Gemersik Kalbu lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah.  Haa..tu..dorang tengah makan depan TV. Tadi Aqasha ada menyanyi sikit dalam scene dia dengan AR dalam kete. wooww...sedap jugak sore Aqasha neh. berminat lak aku dengo.

Bila sebut nama Aqasha, teringat sorang kawan aku zaman UKM dulu. Cik Zeti bam bam. hahaha. Nama glamer dulu Bam. Sekarang dah jadi cikgu bahasa omputih. Bukan men minat dia dulu dengan Aqasha. Ni mesti dia pon tengah tengok drama Gemersik Kalbu ni. Ti ti.. rindu pulak saya kat awak. Mak awak buat open house lagi tak? Hikhikhik

Aku kalau drama kul 7pm ni, selalu dah nak episod ujung-ujung baru aku join nengok. Sebab nak tengok ending nye jadi ape. Jenuh la nak tengok dari mula-mula. Tengah syok tengok, jap lagi mula bersambung la pulak. Huihh.. kena la tunggu esok.

Haaa..tengah scene romantik Aqasha dan AR. Bulat mata Jima. Hahahaha.. Ooopss. Azan Maghrib dah. off dulu. 

Assalamulaikum

p/s : Mane lak si Atikah ni. Tamau balik tengok Aqasha ker?