Saturday, December 29

langkawi trip

rasanya tak pernah aku citer tentang apa-apa trip yang aku pergi dalam blog sendu ini.

disember 2012, aku join satu trip opis ke Langkawi.. trip yang dinamakan ...tah...lupa..hahahahha..so semua yang terlibat (almost semua la, ada la 2,3 orang yang ergi sendiri), naik bas opis dari kolej sampai le jeti Kuala Perlis. memandangkan yang pergi ni ada yang bawa family, sp byk sgt la pit stop kami. perjalanan yang rasanya cuma masa masa 4-5 jam, udah jadi lameee sangat. huhu.. aku yang dok dalam bas ni kejap pejam celik pejam celik tido, bangun2 idak le sampai2 jugak..dah rasa macam nak pergi masuk Siam je lamanya. 

dah tiket feri pun dah petang dan sampai jeti Kuah pon dan maghrib gitu. sampai hotel je rasanya nak landing terus atas katil. penat duduk ! tapi kerana perut dah sakan menyanyi lagu kpop, aku gagahi jua turun berjalan mencari kedai makan bersama rumetku Mala. nasib baik la kedai makan tak le jauh sangat dari hotel eagle tu. hajat di hati pas makan nak balik hotel tapi buat ape la pergi trip kalau asyik tido tido tido je kan. so pas makan sambung jalan-jalan ke tepi jeti. ala.dekat je pun. peluh tak sempat menitik pun.

port yang dituju adalah ..tu..HELANG  yang besar tu..sebelum-sebelum ni bila pergi Langkawi, tak pernah pula la terasa nak tangkap gambo kat helang tu..tapi mlm tu snap la satu dua. cuma bila pakai kamera telefon, gambo jadi tak cantik. cahaya lampu kat situ membuatkan helang jadi kabur...

esoknya...

esoknya kami semua pergi melawat Kolej Komuniti Langkawi. yang ni memang kena masuk dalam agenda lawatan. tak lama pun kat situ..tinjau sana sini , dah habis. ingatkan dapat la jumpa kawan aku si Umai tu tapi ke KL pula dia hari tu. lepas lawatan , balik hotel , tukar baju, yeaahhhh jalan lagi..pusing satu langkawi...jalan sana jalan sini, tup tup dah malam. malam tu makan malam special sikit. salah seorang staff opis aku ni memang orang sana so malam tu family dia buat makan-makan kat rumah dia.wahhh...Terima Kasih nye Fisah..sodappp !

esoknya lagi...

masa untuk balik.. nasib baik la aku bukan jenis soping barang-barang ni..kalu tak jenuh nak angkut naik feri..pergi balik dapat feri 2 tingkat. Alhamdulillah. selesa la sikit berbanding yang satu tingkat. sampai Kuala Perlis, naik bas, balik Teluk Intan... yieeehaaa...masa untuk tido la kalau dah naik bas tu. 

The end.



No comments:

Post a Comment

~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~