Sunday, November 25

lari, nyorok, tembak

yeah..paintball !!


the tarikh : 24 November 
the tempat : My Gopeng Resorts
the nama :: KKTI Paintball Tournament League ( league sangat!!)



masa untuk bermain paintball

semalam unit sukan ehemm aku, telah mengaturkan satu perlawanan paintball bertempat di My Gopeng Resorts. pada mulanya pernyertaan dibuka kepada semua staff tapi memandangkan ramai staff yang tidak dapat hadir, aku pun jemput la student kolej untuk join sekali.

pagi sabtu, 24 november, hujan adalah lebat, jadi pergerakan kami pun boleh dikatakan sedikit tidak lancar. sepatutnya kami mula bertolak dari teluk intan ke gopeng jam 7 pagi tetapi dekat pukul 8 baru dapat bertolak.

sampai di gopeng, kami terpaksa tinggalkan bas dan kena naik lori pulak untuk ke resort tersebut kerana memandangkan permukaan geografi di situ tidak mengizinkan sebiji bas yang besar naik. jalan adalah sempit.~ dah macam perlarian~

so, game berjalan seperti yang dirancang but aku sedikit kecewa dengan keluasan tempat game dan marker yang digunakan. aku tak pasti marker tersebut telah diisi gas secukupnya atau tidak.banyak marker yang kehabisan gas time tengah-tengah syok nak tembak musuh.

bila dah selesai semua game,  untuk menghabiskan pellet yang ada, kami bermain satu lagi game yang mana TAKDE RULES langsung. hahahha.. kumpulan mana yang kena tembak banyak dikira menang. dan kumpulan terdiri adalah daripada kump staff dan kump student. omg omg.. aku ditembak dari jarak lebih kurang 1 meter je. dan hasilnya memang berlebam-lebam la kaki dan tangan. ~ salihuddin !!!~ ciss.. cik sukan memang jadi dorg punya target. fine~

in the end, kami happy.

so, tahun depan kita main lagi nyer. tp kat tempat lain. nanti kita main speedball pulak tak nak war games dah. huhu.. kasi lagi sakit.. ;)  ada berani ???









No comments:

Post a Comment

~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~