Sunday, June 24

kkbs part 2

part 2 bermula

assalamualaikum ~ 

kembali ke abpm, kursus diteruskan dengan modul2 yang lain..

untuk entry kali ni, aku nak bercerita tetang modul di OBS, RELA dan HBN . tak banyak pun. sikit jer. 

OBS ..outward bound school di Lumut. kembali lagi aku ke sini..cik ali cik ali..di manakah kamu..huwawawa.. cik ali ni instructor untuk watch aku dl, watch Tahan. tapi kali ni dia jadi instructor watch lain. and instrcutor watch aku adalah cik aina. tak ade ape yang berubah. macam biasa, sila bagi telefon, gajet2, cekedi2, duit2 untuk disimpan oleh instructor anda. bila berada di OBS, semua kembali ke basic nyer. no phone, no rokok, makan ape yang disediakan ..dan pastikan anda makan menggunakan sudu dan garfu.

suasana kat sini memang best. tak ingat dunia luar. kali ini ada cabaran naik whaler. n kayak semestinya la. kalau dulu berkayak mengelilingi pulau tapi kali ni br'whaler' mengelilingi pulau nyer. 

ada 6 watch dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan 3 watch. so, kumpulan aku akan start dengan berkayak dulu. kali ini, partner aku adalah encik hafdzam.lelaki akan di'pair'kan dengan wanita. dulu pon macam ini juga. maka berkayak lah kami sehingga ke satu hentian. berkhemah masak2 semua kat situ. esoknya pulang ke OBS.

petang kami ade aktiviti berakit. bina rakit sendiri dan lawan dengan watch lain. walaupun tak menang nombor 1, tapi okay la sebab rakit tak pecah.

the next day, kami ber'whaler' pulak. yang ni memang memenatkan. memandangkan masa petang itu agak dah suntuk, dan perjalanan jauh lagi maka ketiga-tiga whaler kena tunda dengan boat.hahahaha..duduk senyap-senyap, enjoy tengok pemandangan.

okay..sampai kat pulau syawal. naikkan khemah, masak. lampu-lampu memang takde nyer. punca air yang ada pun adalah air perigi. walaupun group sebelum ni kata air perigi tu boleh buat badan gatal-gatal, ada lintah la pacat la ape la. aku berjaya jugak memujuk azhani untuk teman aku mandi air perigi..yeaahh!! mana boleh tahan tak mandi. melekit la badan. tapi kena tunggu turn. lama sangaaat la kaum lelaki mandi. kejang kaki aku berdiri tunggu. tapi bila dah sampai turn kami, memang best. takde orang. buat macam kay rumah sendiri . ;) ...kan hani kan?? takde pun jumpa pacat ke lintah ke. yang paling penting, takde sape pun ngitai..fuhh..selamat ~~ 

cabaran kemudikan whaler memang ada. kat sini la kesabaran setiap orang diuji. tekanan terasa time kena bawak keliling pulau dan balik ke OBS. masing-masing muka dah ketat. yang naik angin pun ada. termasuklah aku..heee..sorry guys. tapi kesudahannya, menyeronokkan. otw balik , angin plak elok bertiup kencang. apa lagi. duduk jer la..sambil menyanyikan lagu balik kampung~~ 

::natt~hani~zita~fara~ika~rahmat~syed~panjang~kodi~badri~tay~err,abg padil ke..sori lupe ~::


                    ***************************************************************************

RELA ~ sg petani

Modul Disiplin dan Ketahanan Diri II

dekat sini, kami berpeluang untuk belajar menembak menggunakan M16. tapi perjalanan nak ke sini memang agak jauhhh.. hari pertama, petang tu kami belajar menggunakan M16, macam mana nak pegang, masukkan peluru dan menembak.tapi latihan petang tu pakai peluru kapur

esoknya,  latihan menembak menggunakan peluru betul. kerana kerabunan, aku pun tak tau apa yang aku tembak. hahahah. ok la tu. bukan 0-0-0 nyer.

so.. dekat sini hanyalah 2 hari..

platun 23

                           *****************************************************

HBN ~ Hari Belia Negara ~

memandangkan HBN kali ni berlangsung ketika kami sedang berkursus maka, kami pun terlibatlah sama. bermula dengan promosi sehinggalah ketika hari kejadian.. nasib baik ada HBN, so bila kena buat promosi, dapatlah kami kuar berjalan-jalan. takde la beku je duduk dalam ABPM. tak gitu ? ;)

aku masuk dalam krew VVIP eh VIP.. kat memandangkan aku dgn nadlin sama group, dan bila orang pakai nat or nad, dua2 menjawab so kami tukar nama semua ahli kumpulan. best pulak buat macam ni.

natrah = rara
nadlin = lili
nora = nono
nina = nana
nazeela = lala
nazifah = fafa
azhani = nini
radzi = zizi
zulzharif = zz ( zekzek)
munawar = wawa ( huhu)
ekin = kiki


so, untuk HBN ni, nak letak gambar je..huhu




tu jer..sekian..kuikuikui.. chow ~

No comments:

Post a Comment

~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~