Thursday, January 12

paintball

memandangkan masa terluang banyak la sangat || mata ke atas, tangan ke dada ||  jadi hari ni nak tulih banyak2 dalam blog ni ~ SMILE

kali ni nak cerita tentang permainan PAINTBALL. tahu ape itu PAINTBALL ? dulu saya pon tak tahu ape tu PAINTBALL. yang saya tau tembak-tembak jer. :: mesti best tembak org, tp klu sendiri kena tembak MESTI TAK BEST! :: tepat sekali ! x best sebab sakit. HAHAHA. tp game ni BEST wooo. meh nak cerita sket pasal game ni.

First, benda-benda yang diperlukan time main paintball :::

Paintball mask

Topeng ni kena sentiasa pakai bila berada di dalam permainan. Kalau dah habis main pon, dorang yang jaga game ni akan suruh kita pakai sampai la dah kuar dari kawasan permainan. reason ? ini untuk melindungi mata kita. if terkena la bola tu kat mata boleh mengakibatkan buta~ kelajuan bola yang ditembak adalah sangat laju

Paintball Vest

Ada yang kata vest ni optional untuk dipakai. Tapi waktu saya main dulu, yang girls memang dia suruh pakai. Melindungi aset la katakan. || sila faham-faham sendiri *wink* ||


Marker
Ha.. benda ni la yang digunakan time main tembak-tembak. Saya lebih suka panggilnya senapang. Bagi orang yang kurus macam saya, benda ini adalah BERAT. Lenguh nk usung.


Bullet
Ni lah bullet/peluru yang dipakai. Cantikkan? Warna-warni gitu? Cantik memang cantik tapi kalau kena kat badan, abes.. LEBAM !

Pakaian yang SANGAT digalakkan untuk dipakai ::: sila lah pakai baju lengan panjang dan suar panjang. Lagi elok kalau pakai yang tebal tapi biar la longgar. Senang sket nk berlari. Jangan la pula pakai dress macam nk g berjalan kat KLCC ! Pakai baju yang kusam-kusam pon tape ||kata saya|| sbb kalau kena peluru takut susah lak nak cuci. KASUT jangan lupa nyer. Jangan mengada nak pakai selipar jepun

Cara permainan :::
  • Sebelum masuk padang, siap-siap la pakai mask.Macam yang dah diberitahu kat atas tadi, jangan sesekali tanggalkan mask sampailah dah kuar padang. BAHAYA ~ dah kena tembak pon pakai jugak
  • Akan ada 2 team yang berlawan satu-satu masa. Bila dah dengar isyarat untuk start game, korang pon start la tembak-tembak. Pasang strategi untuk menang.
  • Bila dah kena tembak, angkatlah sebelah tangan supaya pengadil nampak. So, pengadil akan suruh korang keluar duduk berkumpul satu tempat. Angkat tangan supaya orang dari team lain akan tahu la korang dah kena tembak, tade la kena tembak-tembak lagi. Kalau tak perasan kena tembak, pengadil akan bagi isyarat mcm korang dah out
  • Cara untuk menang || setakat yang saya tau la || sama ada korang tembak abes sume lawan then kena amek bendera dorg pacak kat tempat korg atau sentuh la palang besi team lawan ::: mungkin banyak cara lagi, tu kena dengo briefing dari pengadil perlawanan.

SO, nak main tak ???  Try la main game ni. Pakat ajak kawan ramai-ramai pi main. Game ni mahal sikit la. Ikut tempat game jugak rasanya. Ikut bilangan peluru jugak.

Banyak tempat untuk main paintball kat Malaysia. Boleh tanya pakcik gugel.

senam-senam dulu

kalah ke menang ?

nyorok la
dapat gak hadiah

No comments:

Post a Comment

~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~