Masterchef malaysia baru je abes. dan ezani aka dr gigi menang. yeah !!~~ memang sokong dia. sbb nampak dia ni jenis cool je . tak kelam kabut and selalu dalam group yang konsisten.
Pada episod akhir yang juga dinamakan sebagai Santapan Penamat, Ezani dan seorang lagi finalis, Wahidan diminta menyediakan 3 hidangan iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut untuk 40 orang tetamu yang juga merupan juri-juri. Mula-mula ingatkan finalis kena masak seorang diri. tapi..takkan la kot. Kemudian juri tetap menjemput masuk peserta-peserta masterchef yang telah terkeluar dan meminta Ezani serta Wahidan memilih setiap seorang, 5 orang dari peserta yang tersingkir untuk menolong mereka. Fuhh..selamat..Ada pembantu. Cuma, agak tak best sebab takut pembantu yang akan spoilkan masakan mereka. Macam Masterchef America, finalis cuma masak untuk juri-juri tetap. Apa-apa pun, tu cara produksi Masterchef Malaysia. Takkan nak ikut je America punya kan? Waktu memula nak pilih pembantu tu, aku harap sangat Ezani pilih Deena dan Amitha tapi Wahidan yang pilih. Jadi, Wahidan telah memilih Amita, Zamir, Danial, Shariah dan Deena. Manakala Ezani memilih Ary Malik, Brian, Felix, Azilah dan Imelda.
Nama-nama masakan yang disediakan adalah::
Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (Hidangan Utama)
Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (Pemanis Mulut)
Ezani :: Salad Nusantara dengan Kekapis (Pembuka Selera)
Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (Hidangan Utama)
Kek Ubi Bit Berempah (Spiced Beetroot Cake) (Pemanis Mulut)
Ada la juri-juri jemputan yang juga merupakan chef atau pengkritik makanan meberikan komen.
Setekah beberapa selingan video, juri tetap pun mengumumkan Ezani sebagai juara Masterchef Malaysia musim pertama. Tahniah !
Kemenangan Ezani ini melayakkan beliau untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakannya sendiri.
All the best
No comments:
Post a Comment
~ hye, klu baca jgn segan utk tglkan komen~