Monday, January 30

janji jam unta?

AJL 26..


29 January 2012..malam kemuncak AJL..baru je abes AJL td..resultnye, Hafiz Awan Nano menang..mula-mula saya jangka 3  Suara yang akan menang tp rezeki lebih kepada Hafiz Tp ok la 3 Suara dapat 2nd place. Puas hati..hehehe.

Tapi...........................................................................

Yang tak puas hatinya, JANJI JAM UNTA seorang mamat ni.. Dia cakap dia ada tiket free AJL.. waahh..excited la nak pergi tengok.. Enchik WS pon call la mamat si kawan dia ni, minta reserve tiket tu. So, janji nak ambil kat Bkt Jalil. Bila sampai, saya pon pergi la toilet jap, Enchik WS lari2 pergi entrance tiket VIP sebab janji dengan mamat tu jumpa pukul 830pm kat situ.. SEBELUM 830 Enchik WS dah tunggu, Tak muncul2 jugak si mamat ni.. Telefon lebih 20 kali tak angkat2.. Last2, Enchik WS  dtg dengan tangan kosong..

WHAT??????

Dah pukul 850 kot.. nak rush balik tangok kat TV kompom ada persembahan yang terlepas.. adoi.. panas je hati..Dah on the way nak balik, baru la si mamat ni balas msg  " aku dah masok dalam la.kan aku cakap 830 aku nak masuk " eh eh eh..Enchik WS saya tunggu sebelum 830 okay ! Kalau tade tiket cakap la tade. Buang masa jer pergi situ. JANJI JAM UNTA sungguh.. kan tak pasal2 unta dapat nama..haa...



Moral of the story :: Tengok je la mende2 macam ni dekat TV!

Tuesday, January 17

dugaan

dugaan...

kadang-kadang, bila ada berita yang menggembirakan.. akan ada berita menyedihkan. ni lah dugaan sebuah kehidupan. mengharapkan hidup ni se'hepi' orang lain..tapi masanya belum tiba. dugaan demi dugaan.

kadang-kadang, rasa hidup ni terlampau singkat. tak sempat untuk capai semua yang diimpikan.

kadang-kadang, rasa nak abiskan jer semua duit simpanan yang tak seberapa ni.

penantian tu satu penyeksaan.

orang2 lain tu rasa hepi tapi untuk seorang insan kerdil seperti saya yang terlampau mengharap penantian tu berakhir, ia adalah satu lagi episod duka dalam hidup. di saat hidup lebih nak bererti dan bermakna, di saat Tuhan dah memakbulkan doaku, muncul orang lain untuk menghapuskan segala kegembiraan itu.

Tabahlah wahai seorang insan ~ moga umurmu masih panjang ...

InsyaAllah.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Thursday, January 12

Anugerah Bintang Popular

okay 
mari kite lihat Top 5 kali ini

PENYANYI LELAKI POPULAR

Faizal Tahir
Anuar Zain
Aizat
Hafiz
Black

PENYANYI WANITA POPULAR

Najwa Latif
Yuna
Stacy
Alyah
Shila Amzah

ARTIS DUO/BERKUMPULAN

Sixth Sense
Jaclyn Victor/ Ning Baizura/Shila Amzah
Meet Uncle Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

ARTIS BARU LELAKI

Johan Ariff As'ari
Hazama
Awi Rafael
Aeril Zafrel
Beto Khusyairi

ARTIS BARU WANITA

Tasha Shila
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Izara Aishah

PELAKON FILEM LELAKI

Aaron Aziz
Shaheizy Sam
Adi Putra
Syamsul Yusof
Bront Palarae

PELAKON FILEM WANITA

Lisa Surihani
Maya Karin
Daian Danielle
Yana Samsudin
Eja

PELAKON TV LELAKI

Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz
Fauzi Nawawi

PELAKON TV WANITA

Fasha Sandha
Tiz Zaqyah
Scha Alyahya
Nora Danish
Rozita Che Wan

ARTIS KOMEDI LELAKI

Zizan Razak
Johan
Nabil
Along Cham
Afdlin Shauki

ARTIS KOMEDI WANITA

Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Didie Alias
Kenchana Dewi
Alliza Abdullah @ Enot

PENGACARA TV LELAKI

Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Zizan Razak

PENGACARA TV WANITA 

Fara Fauzana
Cheryl Samad
Sharifah Shahira
Raja Azura
Nurul Syuhada

PENYAMPAI RADIO LELAKI

Faizal Ismail
Aznil Nawawi
AG
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

PENYAMPAI RADIO WANITA

Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Abby Fana
Sharifah Shahira

Yang mana kaler biru tu, yang saya agak2 boleh menang la. Itu my agak2 la. Untuk Anugerah Bintang Paling Popular lak, nk guess Aaron Aziz menang. Boleh ?





tutti frutti


=



 SEDAP TAK ?? TAK PERNAH MAKAN :( MESTI MAHAL KAN ? TAK MAMPU

YANG NI MAMPU LA
:
:
:
:
:
:
:
:
:
eskrem pop - wat sendiri pon bole

paintball

memandangkan masa terluang banyak la sangat || mata ke atas, tangan ke dada ||  jadi hari ni nak tulih banyak2 dalam blog ni ~ SMILE

kali ni nak cerita tentang permainan PAINTBALL. tahu ape itu PAINTBALL ? dulu saya pon tak tahu ape tu PAINTBALL. yang saya tau tembak-tembak jer. :: mesti best tembak org, tp klu sendiri kena tembak MESTI TAK BEST! :: tepat sekali ! x best sebab sakit. HAHAHA. tp game ni BEST wooo. meh nak cerita sket pasal game ni.

First, benda-benda yang diperlukan time main paintball :::

Paintball mask

Topeng ni kena sentiasa pakai bila berada di dalam permainan. Kalau dah habis main pon, dorang yang jaga game ni akan suruh kita pakai sampai la dah kuar dari kawasan permainan. reason ? ini untuk melindungi mata kita. if terkena la bola tu kat mata boleh mengakibatkan buta~ kelajuan bola yang ditembak adalah sangat laju

Paintball Vest

Ada yang kata vest ni optional untuk dipakai. Tapi waktu saya main dulu, yang girls memang dia suruh pakai. Melindungi aset la katakan. || sila faham-faham sendiri *wink* ||


Marker
Ha.. benda ni la yang digunakan time main tembak-tembak. Saya lebih suka panggilnya senapang. Bagi orang yang kurus macam saya, benda ini adalah BERAT. Lenguh nk usung.


Bullet
Ni lah bullet/peluru yang dipakai. Cantikkan? Warna-warni gitu? Cantik memang cantik tapi kalau kena kat badan, abes.. LEBAM !

Pakaian yang SANGAT digalakkan untuk dipakai ::: sila lah pakai baju lengan panjang dan suar panjang. Lagi elok kalau pakai yang tebal tapi biar la longgar. Senang sket nk berlari. Jangan la pula pakai dress macam nk g berjalan kat KLCC ! Pakai baju yang kusam-kusam pon tape ||kata saya|| sbb kalau kena peluru takut susah lak nak cuci. KASUT jangan lupa nyer. Jangan mengada nak pakai selipar jepun

Cara permainan :::
  • Sebelum masuk padang, siap-siap la pakai mask.Macam yang dah diberitahu kat atas tadi, jangan sesekali tanggalkan mask sampailah dah kuar padang. BAHAYA ~ dah kena tembak pon pakai jugak
  • Akan ada 2 team yang berlawan satu-satu masa. Bila dah dengar isyarat untuk start game, korang pon start la tembak-tembak. Pasang strategi untuk menang.
  • Bila dah kena tembak, angkatlah sebelah tangan supaya pengadil nampak. So, pengadil akan suruh korang keluar duduk berkumpul satu tempat. Angkat tangan supaya orang dari team lain akan tahu la korang dah kena tembak, tade la kena tembak-tembak lagi. Kalau tak perasan kena tembak, pengadil akan bagi isyarat mcm korang dah out
  • Cara untuk menang || setakat yang saya tau la || sama ada korang tembak abes sume lawan then kena amek bendera dorg pacak kat tempat korg atau sentuh la palang besi team lawan ::: mungkin banyak cara lagi, tu kena dengo briefing dari pengadil perlawanan.

SO, nak main tak ???  Try la main game ni. Pakat ajak kawan ramai-ramai pi main. Game ni mahal sikit la. Ikut tempat game jugak rasanya. Ikut bilangan peluru jugak.

Banyak tempat untuk main paintball kat Malaysia. Boleh tanya pakcik gugel.

senam-senam dulu

kalah ke menang ?

nyorok la
dapat gak hadiah

vista-gossip-girls

x tahu la kenape nak pilih nama tu? kuat bgossipkah kami? hahaha.. walaupun ahli-ahli kumpulan silih berganti bertuko kuar masuk, kami menten kiut ~ |sila jgn muntah |


di attach sket kat sini beberapa keping gambo kompilasi kami~giler-kamera

otw blk kg utk raya pose ~ wpon pose smpt bgambo tgh panas
                                          
festival bunge

lata berembun - MQA

photoshoot raye pose



p/s : nama lame ::: geng gagak berembun || motto kumpulan :: sayangi family

novel

novel ~

Rasanya ramai yg suka baca novel. x kira la novel melayu ke omputih ~
Saye jarannnggg sangat nak baca novel omputih, jadi cepat mengantuk. hikhikhik~
Novel melayu leh tahan layan lagi la. kalau zaman muda remaja dulu, novel2 Ahadiat Akashah la pla dilayan~
Tp sekarang, dah jarang2 sangat beli novel. Kalau beli pon, beli yang novel yg ditulis oleh Hlovate. First novel dia yg saye layan adalah Tunas...itu pon pinjam buku Kak Ina (rumet lame) ~
Dah baca tu berkenan la plak dgn gaya tulisan novelis nih, so lepas2 tu, bila ada je novel baru dari dia, akan beli~
Kalau sape2 nak tau tentang Hlovate ni, bole la lawat laman blog dia. Kat situ ada gak sket2 isi2 dr novel dia. So, cekidaut ~


gambo adalah kurg memuaskan.. pkai kamera henpon jer.

AJL 26


Saya tade la minat sangat nk tengok2 orang nyanyi. Dengo lagu tu suka la. Kalau dengo lagu mesti nak pakai earphone atau headphone. Hari ni saje nak update blog dengan topik "AJL 26, Sape Juara?' ..Bagi yang masih tak tahu sape yang jadi finalis AJL kali ini, tengok le list kat bawah ni , ikut turn persembahan :::

  • Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol
  • Sedetik Lebih – Jaclyn Victor
  • Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque
  • Penakut -Yuna
  • Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
  • Cinta Muka Buku – Najwa Latif
  • Karma – Faizal Tahir
  • Kisah Hati – Alyah
  • Sungai Lui – Aizat
  • Gadis Semasa – Yuna
  • Awan Nano – Hafiz
  • Beribu Sesalan – 3 Suara

Anugerah Juara Lagu Ke-26 akan diadakan pada 29 Januari 2012, live pukul 9 malam kat TV3. Rasanya tak pernah miss lagi tgk AJL semenjak kenal ape tu hiburan. hikhikhik. Seronok juga nak tengok ape persembahan yang artis-artis nak tunjukkan. Ada terbang-terbang ke, menari ke , apa2 la.

Kalau tanya sape favourite saye. hmm.. maybe saya akan pilih 3 suara la kot.  Sebab lagu tu sedap dan saye suka dengo sore Shila Amzah tu. hikhik.. Ala, tak kisah la sape menang.. Layan je nanti...

finalist
                                           

peti ais

aper??? peti ais rosak ?

alamak ! pagi tadi beli bahan-bahan mentah banyak..

terpaksa la pergi kedai letrik minta dtg check peti ais tu. nasib baik masih glm guarantee. lagi 2 minggu je nak abes tarikh guarantee. tungu punya tunggu, sampai nak dekat pukul 7 baru la orang kedai dtg check. tu pon setelah 2 kali telefon dan sebab tak jugak muncul2, terpaksa la abah pergi kedai sekali lagi tanya mana dorang ni. bila sampai, ujan dah turun. tak dapat la nak bawa ke kedai. esok pagi la pulak.

okay , sok pagi !

Monday, January 9

MASTERCHEF MALAYSIA

Sekarang ni, selalu sangat tgk rancangan masak memasak ni. masterchef malaysia la, masterchef australia, masterchef america, junior masterchef australia, top chef. kalau top chef, kdg sampai x tahu mana satu dh tgk ke belum. astro. biasala. kejap top chef 5 la , top chef 7 la, top chef 6 la. tapi layan jugak.


Masterchef malaysia baru je abes. dan ezani aka dr gigi menang. yeah !!~~ memang sokong dia. sbb nampak dia ni jenis cool je . tak kelam kabut and selalu dalam group yang konsisten.

Pada episod akhir yang juga dinamakan sebagai Santapan Penamat, Ezani dan seorang lagi finalis, Wahidan diminta menyediakan 3 hidangan iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut untuk 40 orang tetamu yang juga merupan juri-juri. Mula-mula ingatkan finalis kena masak seorang diri. tapi..takkan la kot. Kemudian juri tetap menjemput masuk peserta-peserta masterchef yang telah terkeluar dan meminta Ezani serta Wahidan memilih setiap seorang, 5 orang dari peserta yang tersingkir untuk menolong mereka. Fuhh..selamat..Ada pembantu. Cuma, agak tak best sebab takut pembantu yang akan spoilkan masakan mereka. Macam Masterchef  America, finalis cuma masak untuk juri-juri tetap. Apa-apa pun, tu cara produksi Masterchef Malaysia. Takkan nak ikut je America punya kan? Waktu memula nak pilih pembantu tu, aku harap sangat Ezani pilih Deena dan Amitha tapi Wahidan yang pilih. Jadi, Wahidan telah memilih Amita, Zamir, Danial, Shariah dan Deena. Manakala Ezani memilih Ary Malik, Brian, Felix, Azilah dan Imelda.

Nama-nama masakan yang disediakan adalah::

Wahidan ::  Udang dan Kekapis di Perap dengan Citrus (Pembuka Selera)
                  Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (Hidangan Utama)
                  Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (Pemanis Mulut)

Ezani       :: Salad Nusantara dengan Kekapis (Pembuka Selera)
                  Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (Hidangan Utama)
                  Kek Ubi Bit Berempah (Spiced Beetroot Cake) (Pemanis Mulut)

Ada la juri-juri jemputan yang juga merupakan chef atau pengkritik makanan meberikan komen.

Setekah beberapa selingan video, juri tetap pun mengumumkan Ezani sebagai juara Masterchef Malaysia musim pertama. Tahniah !

Kemenangan Ezani ini melayakkan beliau untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakannya sendiri.
All the best

Friday, January 6

SBPA

org2 gomen sume dok sibuk ckp pasal SBPA neh.. klu nengok status facebook byk soklan mcm ni "ko dh sign ker" ..okay..ape tu SBPA. nk cter aku pon x paham sgt.


Berdasarkan pekeliling terbaru SPBA ini, pembaharuan yang dilakukan tersebut selari dengan agenda transformasi negara yang memberi cabaran kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan pemberian gaji dan imbuhan kerajaan. Mengikut skim kenaikan gaji SBPA ni plak, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung pada kekosongan jawatan tetapi ianya bergantung kepada tahap prestasi dan kelayakan sesorang penjawat.

Untuk info semua pekeliling, tangga gaji, opsyen bole la klik kat url JPA di bwh ni. Nak cerita pon panjang sgt. Lagipon ade mende yang saye pon x berapa paham. Nak kena pahamkan dulu.

http://www.jpa.gov.my/kategori.html