Thursday, February 14

Cuti Umum~ masa untuk travel

hahaha..travel la sangat. pg Johor and Singapore je kot.

cuti umum Tahun Baru Cina yang baru yang baru je tak sampai seminggu yang lepas ( ayat macam tunggang langgang je), family aku buat trip ke Johor dan Singapore. tapi nasib tak baik. hari asyik hujan je..abes selipar ku koyak sana-sini sebab asyik basah kena air ujan. selipar murah. gitu le.

aku sibuk nak ikut pergi sana pun sebab ngengada nak masuk Universal Studio. jadi terpaksa la mak dan abah pun ikut sekali. sorry mak. mak abah bukan minat tempat-tempat macam ni. hahahahahhahaha. masuk je pun, pusing sekali, dah..ada le naik satu train masuk dalam permainan Madagascar tu..tu je yang sempat pun. ramai sangat manusia. takpe, next time datang lagi dengan kawan-kawan ( abang aku yang nasihat ni).

done.

Universal Studio, check !






Tuesday, February 5

Iphone 5

ke-jeles-an melihat rakan-rakan bermain game di handphone telah membuatkan aku meroyan untuk membeli handphone baru....

dan kerana terpengaruh dengan rumet opis ku si asyadi itu, aku telah menyambar sebiji Iphone 5 tanpa memikirkan kesan +ve atau -ve yang bakal terjadi. ( cehhhh!!)

okay.
puas hati.
dapat main game kat Iphone 5.
tu je sebab nak beli handpone baru.
nak call, sms still pakai handphone lama..
pergghh..
ting-tong ni budak.





                           
                         kaler white la.. ape barang kaler itam ( edisi mengapi-apikan asyadi)

Friday, February 1

Hari Wilayah

hari ni. 1 Feb 2013. Hari Wilayah.


okay
Teluk Intan bukan wilayah
jangan berangan nak cuti hari ni
keje dik non oii..

Thursday, January 31

jog ? jalan ?

location : Padang Speedy
activity : jogging 30 saat, berjalan 2 minit, jogging 10 meter, berjalan 20 meter and so on...
kena paksa : inas, ani, fairuz, ila, apit

hahahahahhahahahha.....


abaikan amoi di belakang itu

Tuesday, January 15

sabah..again...

salah satu checklist untuk tahun ini adalah memenuhkan kalendar dengan berjalan ke sana sini. i'm lovin' it !

salah satu nya adalah trip ke sabah. again.and again .and again. tapi kali ni aku pergi dengan ex-rumet-s kat KL dulu. Aida dan Jima . sepatutnya trip ni ada je lagi yang lain join tp masing-masing ada hal lak, so kami teruskan agenda bercuti bertiga aje. ok jugak sebenarnya. untuk trip ni, memandangkan kami mals nk fikir nak pergi mana, nak cari kereta sewa and so on, kami hired travel agent untuk jadi tourist guide kami.berbaloi ! Travel agent yang kami guna ni namanya syemu-holiday.


trip ni dah ala-ala mcm backpackers la pulak. pindah sana sini tiap2 hari. tapi dengan cara ni, banyak tempat yang kami dapat pergi. ye la. kalau pergi yang jauh-jauh tu, kalau kena balik tido kat KK, jarak perjalanan pun dah lama. 

paling memorable la aku kata ttg trip ni adalah bila tido kat area Kundasang, pagi esoknya tuada sorang uncle tu bawa kami naik bukit ala-ala mini Kinabalu kekdahnya. pas Subuh dengan tak mandinye (sebab sejukkk) dah trekking naik bukit. dengan aku bantai pakai jeans and selipar 10 hengget . kuikuiikuii..sib baik uncle ni banyak buat pit stop. berhenti kejap je posing ambil gambo. siap kena menari sambil pakai ape tuh..yang orang kadazan pakai kat kepala tu..sorry la..aku lupa namanya..lepas abes trekking sume, rasa fresh je. sampai bawah balik siap singgah beli kuih-kuih. lapo ler..turun tu pun dah pukul berapa.lepas makan kuih, terus breakfast + lunch sekali harga nasi goreng dia dah rupe harga breakfast+lunch. mandi? oohh..lepas tu baru mandi. makan lagi penting bile perut menari berjoget-joget nye.

overall. aku puas hati dengan trip ni. walaupun memang dah ade tempat yang aku dah pergi beberapa kali. adik yang jadik travel guide ni pun sekepala dengan kitaorang. ~ awek dia adalah sangat choomeellll . nanti akak-akak sume turun Sabah lagi, bawa awek join sekali yer  ~
kat bawah ni, aku paste sekali jadual perjalanan yang Syemu-syemu Holiday ni offer. 
Gambo? lenkali ek..muaahhh


Hari Pertama (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
1.30 PTG : Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Bertolak ke Keningau.
5.00 PTG : Mendaftar masuk di hotel pilihan di Keningau.

Hari Kedua (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
8.00 PG : Bertolak ke Tambunan.
9.00 PG : Melawat ke :-
· Tugu Mat Salleh
· Air Terjun Mahua
11.00 PG : Bertolak ke Kundasang.
1.00 PTG : Mendaftar masuk di hotel pilihan di Kundasang.
3.00 PTG : Melawat ke :-
· Desa Cattle (Ladang Tenusu, Mesilau)
· War Memorial Park
6.00 PTG : Pulang ke hotel.

Hari Ketiga (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
8.00 PG : Bergerak ke Ranau.
8.30 PG : Melawat 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.
10.00 PG : Melawat Poring Hot Springs, Ranau.
Aktiviti :
· Canopy walk
· Taman Rama-rama
· Tropical Garden
· Orchid Center
· Mandi kolam air panas
· Mandi air tejun (Kipungit Waterfall)
2.00 PTG : Melawat Kinabalu Park.
3.00 PTG : Bertolak ke Kota Kinabalu. Melawat ke :-
· Pekan Nabalu
· Jambatan Tamparuli
· Rumah Terbalik
7.00 MLM : Mendaftar masuk di hotel pilihan di Kota Kinabalu.

Hari Keempat (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
8.30 PG : Bertolak ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan. (Percuma penggunaan mask dan life jacket untuk snorkeling di pulau)
2.00 PTG : Pulang ke jeti.
3.00 PTG : Melawat sekitar Kota Kinabalu. (city tour)
5.00 PTG : Pulang ke hotel.

Hari Kelima (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
Pada sebelah pagi adalah aktiviti sendiri (Free & Easy)
12.00 T/HARI : Mendaftar keluar dari hotel. Melawat sekitar Kota Kinabalu.
2.30 PTG : Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Sape-sape nak cuba travel agent ni, boleh contact no.email kat bawah ni :

 -Mohamad Azrul Hafiz B. Misran-
Perancang & penasihat pakej percutian ke Sabah

Email : syemusyemu.holiday@gmail.com
Website : syemusyemuholiday.blogspot.com
Fan Page Facebook : www.facebook.com/jom.sabah
Facebook : www.facebook.com/hamino.syemu2
No.tel : 014-2812619 (maxis), 013-8976076 (celcom)

Thursday, January 3

jan 2013

welcome jan 2013...

checklist tahun lepas ada yang dah kena potong ada yang dok le situ tah sampai biler..

so tahun ni, aku mulakan dengan entry ttg kemasukan pendaftaran pelajar ke kolej ku aka opis ku yang tercintaaaa ..aahh..takde new students rupenye...students yang lama pun ramai gak aku x ingat nama lagi padahal idok le ramai beno.

untuk tahun ni, byk sebenarnya planning aku utk memeriahkan kegiatan sukan di kolej ini..okay..tapi itu planning la..planning okay..jadi idok jadi aku x berani nak kabo..lebih-lebih lagi kalau melibatkan bajet okay !(walaupun aku dak cantik molek buat ABM taun lepaihhh)

well. aku memang kena ngaku la banyak benda nak kena blajo lagi bile melibatkan pentadbiran dan kewangan. planning itu penting bak kata BOSS aku.

so, wait n see la apa jadi dgn aku punya planning taun ni..

Saturday, December 29

langkawi trip

rasanya tak pernah aku citer tentang apa-apa trip yang aku pergi dalam blog sendu ini.

disember 2012, aku join satu trip opis ke Langkawi.. trip yang dinamakan ...tah...lupa..hahahahha..so semua yang terlibat (almost semua la, ada la 2,3 orang yang ergi sendiri), naik bas opis dari kolej sampai le jeti Kuala Perlis. memandangkan yang pergi ni ada yang bawa family, sp byk sgt la pit stop kami. perjalanan yang rasanya cuma masa masa 4-5 jam, udah jadi lameee sangat. huhu.. aku yang dok dalam bas ni kejap pejam celik pejam celik tido, bangun2 idak le sampai2 jugak..dah rasa macam nak pergi masuk Siam je lamanya. 

dah tiket feri pun dah petang dan sampai jeti Kuah pon dan maghrib gitu. sampai hotel je rasanya nak landing terus atas katil. penat duduk ! tapi kerana perut dah sakan menyanyi lagu kpop, aku gagahi jua turun berjalan mencari kedai makan bersama rumetku Mala. nasib baik la kedai makan tak le jauh sangat dari hotel eagle tu. hajat di hati pas makan nak balik hotel tapi buat ape la pergi trip kalau asyik tido tido tido je kan. so pas makan sambung jalan-jalan ke tepi jeti. ala.dekat je pun. peluh tak sempat menitik pun.

port yang dituju adalah ..tu..HELANG  yang besar tu..sebelum-sebelum ni bila pergi Langkawi, tak pernah pula la terasa nak tangkap gambo kat helang tu..tapi mlm tu snap la satu dua. cuma bila pakai kamera telefon, gambo jadi tak cantik. cahaya lampu kat situ membuatkan helang jadi kabur...

esoknya...

esoknya kami semua pergi melawat Kolej Komuniti Langkawi. yang ni memang kena masuk dalam agenda lawatan. tak lama pun kat situ..tinjau sana sini , dah habis. ingatkan dapat la jumpa kawan aku si Umai tu tapi ke KL pula dia hari tu. lepas lawatan , balik hotel , tukar baju, yeaahhhh jalan lagi..pusing satu langkawi...jalan sana jalan sini, tup tup dah malam. malam tu makan malam special sikit. salah seorang staff opis aku ni memang orang sana so malam tu family dia buat makan-makan kat rumah dia.wahhh...Terima Kasih nye Fisah..sodappp !

esoknya lagi...

masa untuk balik.. nasib baik la aku bukan jenis soping barang-barang ni..kalu tak jenuh nak angkut naik feri..pergi balik dapat feri 2 tingkat. Alhamdulillah. selesa la sikit berbanding yang satu tingkat. sampai Kuala Perlis, naik bas, balik Teluk Intan... yieeehaaa...masa untuk tido la kalau dah naik bas tu. 

The end.