salah satu checklist untuk tahun ini adalah memenuhkan kalendar dengan berjalan ke sana sini. i'm lovin' it !
salah satu nya adalah trip ke sabah. again.and again .and again. tapi kali ni aku pergi dengan ex-rumet-s kat KL dulu. Aida dan Jima . sepatutnya trip ni ada je lagi yang lain join tp masing-masing ada hal lak, so kami teruskan agenda bercuti bertiga aje. ok jugak sebenarnya. untuk trip ni, memandangkan kami mals nk fikir nak pergi mana, nak cari kereta sewa and so on, kami hired travel agent untuk jadi tourist guide kami.berbaloi ! Travel agent yang kami guna ni namanya syemu-holiday.
trip ni dah ala-ala mcm backpackers la pulak. pindah sana sini tiap2 hari. tapi dengan cara ni, banyak tempat yang kami dapat pergi. ye la. kalau pergi yang jauh-jauh tu, kalau kena balik tido kat KK, jarak perjalanan pun dah lama.
paling memorable la aku kata ttg trip ni adalah bila tido kat area Kundasang, pagi esoknya tuada sorang uncle tu bawa kami naik bukit ala-ala mini Kinabalu kekdahnya. pas Subuh dengan tak mandinye (sebab sejukkk) dah trekking naik bukit. dengan aku bantai pakai jeans and selipar 10 hengget . kuikuiikuii..sib baik uncle ni banyak buat pit stop. berhenti kejap je posing ambil gambo. siap kena menari sambil pakai ape tuh..yang orang kadazan pakai kat kepala tu..sorry la..aku lupa namanya..lepas abes trekking sume, rasa fresh je. sampai bawah balik siap singgah beli kuih-kuih. lapo ler..turun tu pun dah pukul berapa.lepas makan kuih, terus breakfast + lunch sekali harga nasi goreng dia dah rupe harga breakfast+lunch. mandi? oohh..lepas tu baru mandi. makan lagi penting bile perut menari berjoget-joget nye.
overall. aku puas hati dengan trip ni. walaupun memang dah ade tempat yang aku dah pergi beberapa kali. adik yang jadik travel guide ni pun sekepala dengan kitaorang. ~ awek dia adalah sangat choomeellll . nanti akak-akak sume turun Sabah lagi, bawa awek join sekali yer ~
kat bawah ni, aku paste sekali jadual perjalanan yang Syemu-syemu Holiday ni offer.
Gambo? lenkali ek..muaahhh
Hari Pertama (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
1.30 PTG : Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Bertolak ke Keningau.
5.00 PTG : Mendaftar masuk di hotel pilihan di Keningau.
Hari Kedua (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
8.00 PG : Bertolak ke Tambunan.
9.00 PG : Melawat ke :-
· Tugu Mat Salleh
· Air Terjun Mahua
11.00 PG : Bertolak ke Kundasang.
1.00 PTG : Mendaftar masuk di hotel pilihan di Kundasang.
3.00 PTG : Melawat ke :-
· Desa Cattle (Ladang Tenusu, Mesilau)
· War Memorial Park
6.00 PTG : Pulang ke hotel.
Hari Ketiga (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
8.00 PG : Bergerak ke Ranau.
8.30 PG : Melawat 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.
10.00 PG : Melawat Poring Hot Springs, Ranau.
Aktiviti :
· Canopy walk
· Taman Rama-rama
· Tropical Garden
· Orchid Center
· Mandi kolam air panas
· Mandi air tejun (Kipungit Waterfall)
2.00 PTG : Melawat Kinabalu Park.
3.00 PTG : Bertolak ke Kota Kinabalu. Melawat ke :-
· Pekan Nabalu
· Jambatan Tamparuli
· Rumah Terbalik
7.00 MLM : Mendaftar masuk di hotel pilihan di Kota Kinabalu.
Hari Keempat (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
8.30 PG : Bertolak ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan. (Percuma penggunaan mask dan life jacket untuk snorkeling di pulau)
2.00 PTG : Pulang ke jeti.
3.00 PTG : Melawat sekitar Kota Kinabalu. (city tour)
5.00 PTG : Pulang ke hotel.
Hari Kelima (Tiada disediakan makan sepanjang hari)
Pada sebelah pagi adalah aktiviti sendiri (Free & Easy)
12.00 T/HARI : Mendaftar keluar dari hotel. Melawat sekitar Kota Kinabalu.
2.30 PTG : Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Sape-sape nak cuba travel agent ni, boleh contact no.email kat bawah ni :
-Mohamad Azrul Hafiz B. Misran-
Perancang & penasihat pakej percutian ke Sabah
Email : syemusyemu.holiday@gmail.com
Website : syemusyemuholiday.blogspot.com
Fan Page Facebook : www.facebook.com/jom.sabah
Facebook : www.facebook.com/hamino.syemu2
No.tel : 014-2812619 (maxis), 013-8976076 (celcom)